awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kementerian Digital tumpu enam bidang pacu transformasi digital - Gobind
Ibu saudara, sepupu antara tiga ditahan pukul wanita, dera kanak-kanak 10 tahun
Pemotong rumput rogol adik ipar kekal dipenjara 28 tahun, 24 sebatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah keluar arahan halang perhimpunan di tiga lokasi - Polis

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
21/01/2022
07:52 MYT
Mahkamah keluar arahan halang perhimpunan di tiga lokasi - Polis
Jelas Noor Dellhan, setakat ini pihaknya tidak menerima sebaran pemberitahuan berhubung penganjuran perhimpunan tersebut. - Foto Astro AWANI/Shahir AWANI
KUALA LUMPUR: Mahkamah telah mengeluarkan perintah untuk menghalang mana-mana pihak mengadakan sebarang perhimpunan di tiga lokasi di ibu negara iaitu Dataran Merdeka, Sogo dan Masjid Jamek.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata larangan tersebut berkuat kuasa tujuh hari bermula semalam.
Jelasnya, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang pemberitahuan berhubung penganjuran perhimpunan tersebut.
Justeru, beliau menegaskan polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak atau individu yang menyertai perhimpunan tersebut.
"Selain daripada itu pihak polis menasihati orang ramai untuk tidak menyertai sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang serta prosedur operasi standard (SOP) yang sedang berkuatkuasa.
"Ini demi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam serta kesihatan umum. Semua lapisan umum harus memahami betapa pentingnya untuk kita bersama-sama mematuhi SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4.
"Sehubungan dengan itu, pihak Polis tidak akan bertolak ansur dengan man –mana pihak yang dikesan masih berdegil menganjurkan atau menyertai sebarang perhimpunan, dan akan mengambil tindakan tegas di dalam perkara ini," katanya dalam sidang media, di sini pada Jumaat.
Dalam dalam itu, Noor Dellhan menambah seramai 1,010 anggota polis akan digerakkan bagi menjalankan Operasi Pematuhan SOP, termasuk anggota daripada Kontinjen Kuala Lumpur dan Bukit Aman.
Mengenai siasatan terhadap penganjuran perhimpunan tersebut pula, beliau berkata16 individu dipanggil memberikan keterangan termasuk lima ahli politik.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Ketika ini tindakan adalah untuk melengkapkan kertas siasatan dan seterusnya proses merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.
"Setakat ini, penganjur kita belum kenal pasti kerana tiada permohonan," ujarnya lagi.
Terdahulu, media melaporkan sebuah perhimpunan aman bagi mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki ditahan akan diadakan di ibu negara pada Sabtu (esok).
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#himpunan aman
#SPRM
#berita Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan