Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini diperintahkan bayar ganti rugi RM150,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan beliau telah memfitnah Ketua Umum PKR itu.

Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno turut diperintah membayar kos sebanyak RM65,000.

Pada Mac 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Khairy bagi memohon ganti rugi RM100 juta dengan mendakwa Khairy mengeluarkan kata-kata berbaur fitnah terhadapnya, termasuk mendakwa beliau terlibat dalam perlakuan liwat.

Khairy didakwa memfitnah Anwar dalam satu ceramah di Lembah Pantai pada 19 Februari 2008.