PUTRAJAYA: Seorang suri rumah yang didakwa membunuh pelayan restoran perlu kembali ke Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi memohon pengurangan jumlah ikat jamin yang ditetapkan sebanyak RM500,000.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera hari ini menolak permohonan Ng Hui Yee untuk mengurangkan jumlah ikat jaminnya.
Dalam keputusan mahkamah, Hakim Vazeer berkata Mahkamah Tinggi boleh mendengar permohonan Hui Yee untuk mengubah kuantum ikat jaminnya berdasarkan Seksyen 389 Kanun Tatacara Jenayah.
Beliau berkata mahkamah bersetuju bantahan awal yang dibangkitkan oleh pihak pendakwaan bahawa ia terbuka bagi pemohon (Hui Yee) untuk membuat permohonan di Mahkamah Tinggi bagi mengubah syarat perintah ikat jaminnya.
Beliau berkata Mahkamah Tinggi bukan functus officio dan boleh mendengar dan mempertimbangkan permohonan Hui Yee untuk mengubah jumlah ikat jaminnya. Functus officio bermaksud apabila mahkamah membuat keputusan, ia tidak mempunyai kuasa untuk meneliti semula keputusan itu.
Dua lagi hakim yang menganggotai panel itu, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Wong Kian Kheong.
Pada 24 Mei lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Hui Yee dengan ikat jamin RM500,000 sementara menunggu perbicaraan. Permohonan ikat jamin itu dibuat mengikut Seksyen 388 Kanun Tatacara Jenayah yang menyatakan seorang wanita yang didakwa melakukan jenayah diklasifikasikan sebagai "kesalahan tidak boleh diikat jamin" boleh meminta dibebaskan dengan ikat jamin.
Bagaimanapun Hui Yee masih belum membayar ikat jamin itu kerana kuantum tinggi yang dikenakan. Dia kini direman di Penjara Kajang.
Hui Yee, 33, dan suami Khor Swee Boon, 30, didakwa secara bersama membunuh Cho Lim Fong di hadapan sebuah restoran di Jalan Pandan Indah 1/22, Kuala Lumpur pada 8.55 malam, 29 Dis tahun lepas.
Tertuduh kemudian memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan untuk mengurangkan jumlah ikat jamin berkenaan.
Pada prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Ng Siew Wee mengemukakan bantahan awal mengatakan permohonan Hui Yee tidak kompeten dan mahkamah itu tidak sepatutnya melayan kerana dia (Hui Yee) masih belum melucutkan haknya untuk memohon variasi perintah ikat jamin di Mahkamah Tinggi.
Beliau berkata Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa untuk mengubah kuantum ikat jamin itu.
Peguam RSN Rayer yang mewakili Hui Yee memohon mahkamah untuk mengurangkan jumlah ikat jamin tersebut kepada jumlah yang berpatutan iaitu RM20,000. Beliau berkata adalah tidak adil untuk anak guamnya ditahan di penjara sedangkan beliau berhak diikat jamin.
Beliau berkata telah meminta hakim Mahkamah Tinggi untuk mengurangkan kuantum ikat jamin tetapi hakim sebaliknya menetapkan RM50,000.
Dalam kejadian itu, pelayan restoran tersebut meninggal dunia akibat kecederaan parah apabila bungkusan yang ditinggalkan di atas bonet keretanya meletup.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 26 2023
![Mahkamah Rayuan arah suri rumah mohon kurangkan ikat jamin di Mahkamah Tinggi Mahkamah Rayuan arah suri rumah mohon kurangkan ikat jamin di Mahkamah Tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71690377692_gaveltukulmahkam.jpg)
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera hari ini menolak permohonan Ng Hui Yee untuk mengurangkan jumlah ikat jaminnya. - Gambar hiasan
![Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722059187_MuhammadAlifMonjan.jpg)
Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN
Anggota polis yang didakwa atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah akan dikenakan tindakan tahan kerja.
Tanah runtuh: Lebih 250 maut, Ethiopia berkabung tiga hari
Parlimen Habsyah mengumumkan tempoh berkabung tiga hari bermula hari in susulan tragedi tanah runtuh di selatan negara itu.
Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA). Memaklumkan lebih 257 mangsa jadi korban bencana yang berlaku di wilayah berpenduduk padat itu.
Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA). Memaklumkan lebih 257 mangsa jadi korban bencana yang berlaku di wilayah berpenduduk padat itu.
![KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722055391_moukprjterengganu.jpg)
KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif
Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) dan Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) memeterai memorandum persefahaman.
![Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722057242_tbFirefightersOreg.jpg)
Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island
Kebakaran hutan besar di negeri Oregon, telah merebak kira-kira 600 batu persegi (1,554 km persegi), yang saiznya melebihi separuh daripada keluasan tanah Rhode Island.
![Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi' Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721815858_dasarlaut.jpg)
Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'
LAUT menjadi antara penghasil oksigen paling banyak di atmosfera. Selama ini saintis percaya oksigen ini dihasilkan oleh tumbuhan laut menerusi proses fotosintesis.
![Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
![Ibu bapa Zayn Rayyan beredar dari mahkamah selepas selesai ikat jamin Ibu bapa Zayn Rayyan beredar dari mahkamah selepas selesai ikat jamin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718256027_bapazaynrayyan.jpg)
Ibu bapa Zayn Rayyan beredar dari mahkamah selepas selesai ikat jamin
Semasa beredar dari pekarangan mahkamah, pasangan terbabit dilihat memakai pakaian biasa dan dibawa menaiki kereta sebelum beredar dari Kompleks Mahkamah Petaling Jaya.
![Penganggur didakwa kemuka representasi palsu berhubung pembelian skim pelaburan saham Penganggur didakwa kemuka representasi palsu berhubung pembelian skim pelaburan saham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81679546899_JudgeGavel.jpg)
Penganggur didakwa kemuka representasi palsu berhubung pembelian skim pelaburan saham
Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengemukakan representasi palsu berhubung pembelian skim pelaburan saham, 10 tahun lepas.
![Lelaki dihadapkan ke mahkamah, pukul ibu guna rotan Lelaki dihadapkan ke mahkamah, pukul ibu guna rotan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707898412_TBPenagihmengamuk.jpg)
Lelaki dihadapkan ke mahkamah, pukul ibu guna rotan
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret di sini hari ini atas empat pertuduhan termasuk mencederakan ibunya dengan menggunakan rotan minggu lepas.
![Dua anggota 'Geng Pian' didakwa samun, rompak bersenjata Dua anggota 'Geng Pian' didakwa samun, rompak bersenjata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689054856_courtgavelmahkam.jpg)
Dua anggota 'Geng Pian' didakwa samun, rompak bersenjata
Dua anggota "Geng Pian" didakwa di tiga Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan melakukan samun dan rompakan berkumpulan bersenjatakan sebilah pisau.
![Mahkamah Rayuan arah suri rumah mohon kurangkan ikat jamin di Mahkamah Tinggi Mahkamah Rayuan arah suri rumah mohon kurangkan ikat jamin di Mahkamah Tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71690377692_gaveltukulmahkam.jpg)
Mahkamah Rayuan arah suri rumah mohon kurangkan ikat jamin di Mahkamah Tinggi
Seorang suri rumah yang didakwa membunuh pelayan restoran perlu kembali ke Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi memohon pengurangan jumlah ikat jamin yang ditetapkan sebanyak RM500,000.
![Ikat jamin bekas PM Pakistan Imran Khan dilanjutkan lagi Ikat jamin bekas PM Pakistan Imran Khan dilanjutkan lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662091259_ImranKhan.jpg)
Ikat jamin bekas PM Pakistan Imran Khan dilanjutkan lagi
Mahkamah Pakistan pada Rabu melanjutkan ikat jamin kepada bekas Perdana Menteri Imran Khan untuk tujuh kes berasingan, selama 10 hari lagi, menurut rekod mahkamah.
![Mahkamah Pakistan benarkan Imran Khan diikat jamin Mahkamah Pakistan benarkan Imran Khan diikat jamin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684464213_TBImranKhan.jpg)
Mahkamah Pakistan benarkan Imran Khan diikat jamin
Mahkamah Pakistan pada Selasa membenarkan bekas perdana menteri Imran Khan diikat jamin sehingga bulan depan.
![Tahanan Palestin maut di penjara Israel selepas mogok lapar 87 hari Tahanan Palestin maut di penjara Israel selepas mogok lapar 87 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81683027603_TBKhaderAdnan.jpg)
Tahanan Palestin maut di penjara Israel selepas mogok lapar 87 hari
Tahanan Palestin Khader Adnan meninggal dunia pada Isnin di penjara Israel selepas 87 hari melancarkan mogok lapar, menurut kenyataan bertulis oleh kumpulan Jihad Islam Palestin pada Selasa.
![Muhyiddin dibenar ikat jamin RM2 juta enam pertuduhan Muhyiddin dibenar ikat jamin RM2 juta enam pertuduhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51678417123_MuhyiddinYassin.jpg)
Muhyiddin dibenar ikat jamin RM2 juta enam pertuduhan
Hakim Azura Alwi membenarkan tertuduh diikat jamin dengan dua penjamin selain memerintahkan Muhyiddin menyerahkan pasportnya.
![Mahkamah Sepanyol tolak ikat jamin Dani Alves Mahkamah Sepanyol tolak ikat jamin Dani Alves](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61677033960_danialves.jpg)
Mahkamah Sepanyol tolak ikat jamin Dani Alves
Alves ditangkap di Barcelona bulan lalu selepas didakwa menyerang seorang wanita di dalam tandas sebuah kelab malam pada 30 Dis lalu.