Mahkamah Rayuan lepas, bebas bekas penolong jurutera terhadap tuduhan rasuah

Hairudin (kiri) dipenjara 14 tahun dan didenda RM341,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana menerima rasuah. - Gambar Bernama
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini melepaskan dan membebaskan bekas penolong jurutera di Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bakri, Muar, Johor daripada lapan pertuduhan menerima suapan berjumlah lebih RM400,000.
Ringkasan AI
- Mahkamah Rayuan membebaskan bekas penolong jurutera di Maktab Teknik PDRM Bakri daripada lapan pertuduhan menerima suapan berjumlah lebih RM400,000.
- Panel tiga hakim membenarkan rayuan Hairudin Ngadiron mengetepikan sabitan penjara tujuh tahun dan enam bulan serta denda RM2.341 juta, dan mengkritik Mahkamah Tinggi kerana terkhilaf dalam kes tertentu.
- Hairudin didakwa menerima suapan berupa wang tunai dan bahan binaan bagi membantu mendapatkan kontrak kerja di Maktab Teknik PDRM Bakri, antara Januari hingga April 2017.
Beliau berkata Mahkamah Tinggi terkhilaf dalam keputusannya untuk mengekalkan pertuduhan ketiga hingga kelapan.
Hakim Azman berkata mahkamah berpuas hati bahawa pembelaan perayu atas kesemua pertuduhan dapat dijawab, sekali gus telah menimbulkan keraguan.
Mengikut kesemua pertuduhan itu, Hairudin, 50, didakwa secara rasuah menerima suapan dalam bentuk wang tunai dan barang membaiki rumah seperti besi bumbung, atap genting, kayu anjung, jubin dan pintu rumah serta membaiki kenderaan berjumlah RM465,886.32 dari Januari hingga April 2017.
Suapan terbabit diterima daripada seorang individu sebagai upah membantu mendapatkan kerja di Maktab Teknik PDRM Bakri, iaitu pembaikan bangunan dan pagar keselamatan di pondok pengawal, kerja pembaikan lapang sasar semi indoor 25 meter serta perkhidmatan operasi dan penyelenggaraan kolam renang dan kolam junam di kompleks sukan maktab berkenaan pada 2016.
Pada Okt 2020, Mahkamah Sesyen mendapati Hairudin bersalah terhadap enam pertuduhan menerima rasuah dan menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan denda sebanyak RM341,000.
Mahkamah Sesyen bagaimanapun, melepaskan dan membebaskan Hairudin terhadap dua pertuduhan masing-masing menerima wang tunai RM200,000 daripada pengurus SMR Cahaya Enterprise dan juga sembilan pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).
Pada Nov 2023, Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang mensabitkan Hairudin bagi enam pertuduhan rasuah.
Mahkamah Tinggi bagaimanapun, mengetepikan perintah pembebasan oleh Mahkamah Sesyen sama terhadap pertuduhan pertama dan kedua yang dihadapi Hairudin dan menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan enam bulan serta denda RM1 juta bagi setiap pertuduhan.
Pihak pendakwaan tidak merayu terhadap keputusan Mahkamah Sesyen di Mahkamah Tinggi yang membebaskan Hairudin terhadap pertuduhan di bawah AMLATFPUAA.
Semasa prosiding di Mahkamah Rayuan, Hairudin diwakili peguam Mohd Radzi Yatiman dan Mohd Razak Shariff, manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nurul Qistini Qamarul Abrar, Julaila Jamaludin dan Hazel Tan Jie Qi.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


