PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan ibu seorang tahanan yang meninggal dunia di Penjara Tapah pada 2014 untuk mendapatkan ganti rugi atas kecuaian dan tuntutan tanggungan.
Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Yaacob Md Sam bagaimanapun menetapkan 7 Julai depan untuk memutuskan kuantum ganti rugi bagi membolehkan semua pihak dalam rayuan itu memfailkan hujah bertulis berhubung isu tersebut selewat-lewatnya 30 Jun ini.
Peguam M.Visvanathan mewakili Rahaya Salleh, ibu Kamarulnizam Ismail, manakala Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad, Andi Razali Jaya A. Dadi dan Mohd Ashraf Abd Hamid hadir bagi pihak polis, pegawai penjara serta kerajaan.
Dalam prosiding hari ini yang berlangsung melalui aplikasi Zoom, panel itu membenarkan rayuan kerajaan untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh memberikan RM100,000 kepada Rahaya sebagai ganti rugi bagi penahanan tidak sah dan RM50,000 bagi misfeasans atau salah guna kuasa dalam jawatan awam.
Yaacob, yang bersidang bersama-sama Datuk Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk M.Gunalan, turut memberikan ganti rugi khas RM10,000 kepada Rahaya selain menaikkan jumlah kos perundangan bagi prosiding di mahkamah rendah yang diberikan kepada ibu mangsa daripada RM12,000 kepada RM30,000.
Panel itu turut mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati responden bertanggungjawab bagi kecuaian yang berlaku.
Terdahulu, Visvanathan memaklumkan panel itu bahawa keluarga mangsa menuntut RM71,400 sebagai ganti rugi bagi tuntutan tanggungan dan RM250,000 bagi kecuaian.
Bagaimanapun, Azizan berhujah bahawa ganti rugi bagi tuntutan tanggungan yang sepatutnya diberikan ialah RM27,685.44.
Pada Ogos 2019, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa defendan bertanggungjawab atas kecuaian dan memberikan ganti rugi sebanyak RM100,000 kepada keluarga Kamarulnizam atas penahanan tidak sah terhadap mangsa serta RM50,000 bagi misfeasans atau salah guna kuasa dalam jawatan awam.
Pesuruhjaya Kehakiman Anslem Charles Fernandis (kini Hakim Mahkamah Tinggi) berkata Kamarulnizam, 39, ditahan di lokap Balai Polis Seberang Prai selama dua hari sebelum dipindahkan ke Penjara Tapah.
Dalam penghakimannya, Fernandis menyifatkan penahanan Kamarulnizam di lokap itu sebagai tidak sah kerana mengikut peruntukan di bawah Seksyen 282 Kanun Prosedur Jenayah, apabila terdapat satu perintah mahkamah, adalah mandatori bagi pegawai polis untuk bertindak dalam masa yang munasabah membawa mereka yang didapati bersalah ke penjara dan bukan melakukannya selepas dua hari.
Beliau juga berkata pegawai warden di Penjara Tapah sepatutnya mengawasi Kamarulnizam dan lebih berwaspada selepas mangsa diberikan ubat untuk cirit-birit.
Mahkamah Majistret di Pulau Pinang telah menjatuhkan hukuman denda RM800 atau penjara 14 hari ke atas Kamarulnizam selepas dia mengaku melakukan kesalahan mengikut Seksyen 29 Akta Kesalahan Kecil 1957 dan Seksyen 89 Akta Polis 1967.
Dilaporkan bahawa Kamarulnizam, yang bekerja di sebuah kilang gula di Pulau Pinang, telah memilih untuk menjalani hukuman penjara kerana memerlukan wang itu untuk memperbaiki kereta meskipun bapanya datang ke mahkamah untuk membayar denda.
Rahaya, 71, memfailkan saman terhadap responden pada 3 Mac 2017 dan menuntut ganti rugi bagi tuntutan tanggungan, misfeasans atau salah guna kuasa dalam jawatan awam serta ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 24 2021
Panel hakim Mahkamah Rayuan turut mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati responden bertanggungjawab bagi kecuaian yang berlaku. - Gambar fail
MCE labur RM200 juta bina kemudahan di Serendah
MCE Holdings Bhd (MCE) akan melabur sekitar RM150 hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun untuk membangunkan kemudahan baharu
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.
RM30 juta untuk pembangunan semula sekolah daif SK Tamu Darat - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan RM30 juta untuk membangunkan semula Sekolah Kebangsaan (SK) Tamu Darat di sini yang merupakan antara sekolah daif di negeri ini.
Rasuah: Hukuman penjara bekas ketua balai polis diganti dengan denda RM10,000
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman penjara dua bulan yang dijatuhkan ke atas bekas ketua balai polis bagi kesalahan menerima rasuah dan menggantikannya dengan denda RM10,000.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
AWANI Ringkas: Kes lelaki Israel miliki senjata api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saya masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk bangkitkan semangat parti - Tengku Zafrul
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih lagi setia bersama parti itu walaupun pernah mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
AWANI Tonight: How will Iran-Israel situation evolve after tit-for-tat attacks?
Iranian officials and media are playing down the Israeli attack on Isfahan, saying it was limited to three small drones. Analyst Jonathan Lord discusses the Iranian response as concerns grow over a possible war with Israel.
AWANI Tonight: India: voters head to polls in world's biggest election
India’s 2024 general election kicks of today with over 969 million eligible voters. Rahul Mishra from Jawaharlal Nehru University shares what to expect as voters head to polls in the world’s biggest election. India, election, Narendra Modi, Rahul Mishra
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Rasuah: Hukuman penjara bekas ketua balai polis diganti dengan denda RM10,000
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman penjara dua bulan yang dijatuhkan ke atas bekas ketua balai polis bagi kesalahan menerima rasuah dan menggantikannya dengan denda RM10,000.
Pengarah Mentega Terbang gagal peroleh kebenaran merayu, perintah larangan bersuara kekal
Panel hakim membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Mohd Khairianwar untuk kebenaran meneruskan rayuan bagi mengetepikan perintah tersebut.
Pemandu jengkaut terlepas hukuman mati, digantikan penjara 38 tahun
Zulhisham Fadly yang diwakili Mazlan Md Zain, telah dipenjarakan selama hampir 16 tahun.
Kes bunuh anak tiri: Boy Tiger terlepas hukuman mati, dipenjara 35 tahun
Seorang bekas kontraktor terlepas daripada hukuman mati apabila Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 35 tahun atas kesalahan membunuh anak tirinya.
Datuk rogol cucu: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 20 tahun
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 20 tahun ke atas seorang datuk kerana merogol cucu perempuannya yang berusia tujuh tahun enam tahun lepas.
Muhyiddin mohon kebenaran cabar keputusan Mahkamah Rayuan
Muhyiddin memfailkan notis usul di pejabat pendaftar, Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu, melalui Tetuan Chetan Jethwani & Company.
Satu lagi pengurusan kes rayuan terhadap pembebasan Bung Mokhtar, isteri pada 26 April
Mahkamah Rayuan menetapkan 26 April depan bagi satu lagi pengurusan kes berhubung rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya daripada tiga pertuduhan rasuah.
Kes VLN: Tarikh akhir rayuan pembebasan Zahid Hamidi 9 September
Tarikh 9 September ditetapkan sebagai tarikh untuk rayuan pendakwaan berhubung pembebasan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Hukuman gantung 6 lelaki bunuh Kevin Morais kekal
Keputusan secara sebulat suara itu diputuskan panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail.
Penarafan kredit tidak tepat: Ini penjelasan CTOS
Berikut penjelasan CTOS Digital Bhd berkait tanggungjawab serta produk dan perkhidmatan yang ditawarkan syarikat itu.