PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 15 Sept untuk menyampaikan keputusannya dalam rayuan polis dan kerajaan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan penahanan 16 hari bekas aktivis antijenayah R.Sri Sanjeevan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) sebagai menyalahi undang-undang.
Peguam Sri Sanjeevan S. Preakas mengesahkan tarikh itu ketika dihubungi Bernama.
Tarikh itu ditetapkan susulan pengurusan kes di hadapan penolong kanan pendaftar Mahkamah Rayuan Nur Adilah Halid pada Rabu.
Pada 21 Jun lepas panel tiga hakim yang terdiri daripada hakim Mahkamah Rayuan Datuk S. Nantha Balan, Datuk See Mee Chun dan Datuk Azimah Omar yang mendengar rayuan itu, memutuskan untuk menangguhkan keputusan mereka.
Sri Sanjevaan, 38, menyaman pegawai penyiasat ASP Poonnam E Keling, Ketua Polis Negara (KPN) dan Kerajaan Malaysia, mendakwa dia ditahan secara salah oleh Poonnam selama 16 hari antara 10 Julai 2016 dan 26 Julai 2016, selain turut diserang.
Bekas pengerusi Badan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) itu memohon ganti rugi atas kecederaan yang dialaminya.
Pada 28 Jun tahun lepas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Bache membenarkan saman sivil Sri Sanjeevan bagi pemenjaraan salah dan mengarahkan ganti rugi am, teladan dan teruk dibayar kepadanya, dengan ganti rugi itu dinilai dalam perbicaraan berasingan yang ditetapkan kemudian.
Mahkamah turut memutuskan bahawa penahanan Sri Sanjeevan adalah menyalahi undang-undang dan haknya di bawah Perkara 5 (1) Perlembagaan Persekutuan telah dilanggar oleh Poonnam.
Hakim Mahkamah Tinggi itu mendapati Poonnam bertanggungjawab kerana menahan Sri Sanjeevan secara salah dan KPN serta kerajaan bertanggungjawab secara wakil atas tindakan Poonnam.
Sri Sanjeevan ditahan kerana didakwa terlibat dalam aktiviti jenayah pada 10 Julai 2016 di bawah POCA dan dihadapkan di hadapan majistret pada hari berikutnya, yang mengeluarkan perintah reman 21 hari.
Sebelum tamat tempoh reman 21 hari, Sri Sanjeevan memfailkan permohonan habeas corpus bagi memastikan dia dibebaskan daripada tahanan.
Dia dibebaskan selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonannya pada 26 Julai 2016 kerana melanggar prosedur mandatori di bawah POCA.
Kerajaan kemudiannya memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan tetapi kemudiannya menarik balik rayuan itu.
Sri Sanjeevan kemudian memfailkan tindakan sivil terhadap polis dan kerajaan untuk pemenjaraan secara salah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 30 2023
Mahkamah Tinggi sebelum ini mengisytiharkan penahanan 16 hari Sanjeevan di bawah POCA sebagai menyalahi undang-undang. - Gambar fail
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Mahkamah benar rayuan kerajaan berhubung tahanan salah bekas Pengerusi My-Watch
Keputusan sebulat suara itu diputuskan panel tiga hakim terdiri daripada Datuk S. Nantha Balan, Datuk See Mee Chun dan Datuk Azimah Omar dalam prosiding secara dalam talian hari ini.
Mahkamah Rayuan tetapkan 15 Sept sampai keputusan rayuan polis, kerajaan dalam saman Sanjeevan
Mahkamah Tinggi sebelum ini mengisytiharkan penahanan 16 hari bekas aktivis antijenayah R.Sri Sanjeevan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) sebagai menyalahi undang-undang.
Pengerusi MyWatch Sri Sanjeevan bebas tuduhan buat hantaran komunikasi palsu berkaitan PDRM
Pengerusi MyWatch Sri Sanjeevan dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi palsu berkaitan PDRM di Twitter.
Pengerusi MyWatch didakwa peras ugut RM1,500
Datuk R. Sri Sanjeevan didakwa memeras ugut seorang ahli perniagaan untuk menyerahkan wang tunai RM1,500 kepadanya atau mangsa tidak dapat menjalankan perniagaannya.
Pengerusi MyWatch Sanjeevan ditahan
Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Datuk Roslee Chik berkata Sanjeevan ditahan pada 4.05 petang di kawasan parkir sebuah hotel di Putrajaya.
Sanjeevan fail permohonan cabar perintah reman bawah POCA
Permohonan itu adalah untuk menyemak perintah tahanan reman yang dikeluarkan Mahkamah Majistret pada 11 Julai lepas mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Jenayah.
Pengerusi MyWatch ditahan sekali lagi
Datuk R. Sri Sanjeevan yang ditahan bulan lalu atas tuduhan memeras ugut ditahan sekali lagi.
MyWatch mahu Bukit Aman kendali siasatan kes tembak Sanjeevan
Sanjeevan pernah membuat laporan polis terhadap anggota dan pegawai polis di Negeri Sembilan dan berkemungkinan berlaku konflik kepentingan jika polis Seremban menjalankan siasatan itu.
Menteri Kesihatan nafi pembedahan Sanjeevan sengaja dilambatkan
Datuk Seri Dr S.Subramaniam menafikan perbuatan sengaja melambat-lambatkan atau cuba melambat-lambatkan pembedahan R. Sri Sanjeevan.