awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Sesyen lapangkan tarikh bicara kes MB Kedah

Bernama
Bernama
02/02/2024
08:45 MYT
Mahkamah Sesyen lapangkan tarikh bicara kes MB Kedah
Mengikut kedua-dua pertuduhan, Muhammad Sanusi, 50, didakwa telah menyebut perkataan menghasut di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara-Kampung Bendahara, Gombak dekat sini pada 11 malam, 11 Julai tahun lepas. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Selayang di sini hari ini melapangkan semua tarikh perbicaraan kes Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor atas dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik.
Hakim Nor Rajiah Mat Zin memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob memaklumkan kepada mahkamah bahawa Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam membenarkan permohonan Muhammad Sanusi untuk memindahkan kes dihadapinya ke mahkamah tinggi berkenaan.
"Susulan keputusan semalam, permohonan pemohon (Muhammad Sanusi) untuk menangguhkan prosiding di mahkamah ini (Mahkamah Sesyen Selayang) menjadi akademik, maka tiada keputusan diberikan bagi permohonan tersebut. Tarikh perbicaraan yang ditetapkan sebelum ini turut dilapangkan," kata Nor Rajiah.
Sebelum ini, mahkamah menetapkan 5, 8, 9, 13, 15, 16, 19, 22, dan 23 Feb serta 11, 15 dan 18 Mac ini untuk perbicaraan kes berkenaan.
Hari ini ditetapkan untuk keputusan permohonan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri, Kedah yang diwakili peguam Mohd Tajuddin Abd Razak itu bagi menggantung perbicaraan kes dihadapinya.
Mengikut kedua-dua pertuduhan, Muhammad Sanusi, 50, didakwa telah menyebut perkataan menghasut di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara-Kampung Bendahara, Gombak dekat sini pada 11 malam, 11 Julai tahun lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muhammad Sanusi Md Nor
#tuduhan menghasut
#Mahkamah Sesyen Selayang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan