MALAYSIA
Mahkamah Syariah perlu diperkasakan, tolak penangguhan kes tanpa alasan kuat - Tun Zaki

Tun Zaki Azmi menyampaikan ceramah mengenai ‘Memartabatkan Mahkamah Syariah di Malaysia’ pada Konvensyen Perundangan dan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang 2025 hari ini. - Foto Bernama
GEORGE TOWN: Sistem kehakiman syariah di negara ini perlu diperkasakan dan ditambah baik secara menyeluruh, dalam menangani isu penangguhan kes yang berpanjangan sekali gus memastikan keadilan dapat ditegakkan dengan lebih cepat dan berkesan.
Ringkasan AI
- Tun Zaki Azmi gesa Mahkamah Syariah diperkasa secara menyeluruh bagi menangani penangguhan kes berpanjangan yang menjejaskan keadilan, terutama melibatkan golongan kurang mampu.
- Penangguhan kes berlaku akibat kehadiran pihak terlibat tidak konsisten dan permohonan tanpa alasan kukuh, menyebabkan masa terbuang serta kesan negatif kepada pihak tidak bersalah.
- Cadangan termasuk penyediaan format mudah untuk memfailkan kes dan bantuan peguam secara pro bono, agar proses penyampaian perkhidmatan lebih efisien dan berdaya inklusif.
"Sebab itu saya kata pada hakim-hakim ini, mereka mesti tegas dalam membuat keputusan. Tolak permohonan penangguhan yang dibuat tanpa alasan kuat.
"Kes ditangguh hanya membuang masa. Mahkamah adalah alat keadilan tapi kalau kes tangguh bertahun-tahun, kita sebenarnya menafikan keadilan itu sendiri dan terseksa ialah mereka yang tidak bersalah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan pembentangan bertajuk "Memartabatkan Mahkamah Syariah di Malaysia" bersempena Konvensyen Perundangan dan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang di sini, hari ini.
Turut hadir Presiden Majlis Peguam Malaysia Mohamad Ezri Abdul Wahab dan Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang Za'im Md Yudin.
Zaki mencadangkan supaya sistem penyampaian perkhidmatan di mahkamah syariah ditambah baik, bagi memastikan golongan memerlukan mendapatkan bantuan sewajarnya tanpa dibebani dengan prosedur yang rumit dan menyusahkan.
"Saya cadangkan bahagian pentadbiran mahkamah syariah bantu mereka yang tidak mampu mendapat peguam, buat satu format seperti template untuk memudahkan mereka memfailkan kes.
"Peguam pun kalau tengok orang tidak berkemampuan tolonglah secara pro bono," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami