awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
[KOLUMNIS] Realiti 'internship' generasi digital: Kebolehpasaran graduan dalam era IR4.0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah tetapkan 29 Sept dengar status representasi lelaki bunuh kekasih

Bernama
Bernama
08/09/2025
09:00 MYT
Mahkamah tetapkan 29 Sept dengar status representasi lelaki bunuh kekasih
Pada 1 Jun tahun lepas, Muhammad Fakrul Aiman didakwa membunuh Nur Anisah di Jalan Sungai Limau antara 8.30 malam 22 Mei dan 8 pagi 23 Mei 2023, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Gambar fail/Bernama
KLANG: Mahkamah Tinggi menetapkan 29 Sept ini untuk mengetahui status representasi seorang pemuda yang didakwa membunuh kekasihnya yang hamil di Sungai Besar dua tahun lepas.

Ringkasan AI
  • Mahkamah Tinggi menetapkan 29 Sept untuk mengetahui status representasi Muhammad Fakrul Aiman Sajali, yang didakwa membunuh kekasihnya yang hamil di Sungai Besar pada Mei 2023.
  • Tertuduh memohon untuk menukar pengakuan kepada bersalah, namun mahkamah mengingatkan bahawa hukuman berat seperti gantung sampai mati masih boleh dikenakan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
  • Kes ini dijadualkan untuk perbicaraan penuh pada Februari hingga April 2026, dan tertuduh telah dirujuk kepada pakar psikiatri untuk pemeriksaan mental.

Hakim Norliza Othman memutuskan demikian selepas Peguam Muhammad Nor Tamrin yang mewakili Muhammad Fakrul Aiman Sajali, 22, membangkitkan isu berkaitan status representasi itu pada prosiding hari ini yang sepatutnya dijadualkan sebagai pengurusan kes terakhir.
Muhammad Nor berkata anak guamnya menerusi representasi itu memohon untuk menukar pengakuannya daripada tidak bersalah kepada bersalah namun pihaknya masih belum menerima maklum balas mengenai perkara itu daripada Jabatan Peguam Negara.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ashiqin Zulkifli memohon tarikh baharu bagi tujuan penyemakan status representasi tersebut.
Norliza pada prosiding hari ini turut meminta supaya tertuduh memikirkan keputusannya secara mendalam susulan pertuduhan ke atasnya adalah di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman berat dan mahkamah tidak boleh menjamin keringanan hukuman berdasarkan permohonan tersebut.
"Seandainya mahkamah melihat fakta kes dan juga mendengar keterangan saksi-saksi dan seandainya mahkamah berpendapat hukuman sepatutnya hukuman gantung sampai mati adakah mahkamah boleh menerima pengakuan bersalah kamu?
"Malah sebelum pindaan (hukuman gantung mandatori) mahkamah tak boleh terima pengakuan bersalah awak, kecuali dalam keadaan kalau pihak pendakwaan turunkan pertuduhan, itu cerita lain," katanya.
Sebelum ini, mahkamah sama menetapkan perbicaraan pada 23 Feb 2026 diikuti 27 Feb, 9 hingga 13 Mac dan 30 Mac hingga 3 April 2026.
Pada 15 Mei lepas, mahkamah membenarkan permohonan Muhammad Fakrul Aiman yang didakwa membunuh Nur Anisah Abdul Wahab, 21, yang hamil dirujuk kepada pakar psikiatri bagi menjalani pemeriksaan mental.
Pada 1 Jun tahun lepas, Muhammad Fakrul Aiman didakwa membunuh Nur Anisah di Jalan Sungai Limau antara 8.30 malam 22 Mei dan 8 pagi 23 Mei 2023, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Media sebelum ini melaporkan perselisihan faham berkaitan kehamilan di luar nikah dipercayai menjadi punca pelayan restoran itu dibunuh secara kejam dengan ditikam, dikelar perut dan dibakar teman lelakinya di sekitar kebun kelapa sawit di Jalan Sungai Limau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemuda bunuh kekasih
#Muhammad Fakrul Aiman Sajali
#status representasi
#Sungai Besar
#hamil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan