KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad untuk menangguhkan perbicaraan melibatkan pertuduhan rasuah RM2.8 juta berhubung pelaburan dalam unit amanah Public Mutual Berhad.
Penangguhan itu adalah sementara menunggu semakan berkenaan keputusan Mahkamah Sesyen yang mengarahkan Bung Moktar, 64 dan Zizie, 44, yang didakwa bersubahat dengan suaminya untuk membela diri atas tiga pertuduhan tersebut, didengar dan diputuskan.
Hakim Datuk Collin Sequerah membenarkan permohonan penangguhan selepas peguam M Athimulan dan Datuk K Kumaraendran yang mewakili pasangan itu memaklumkan bahawa pihaknya telah memfailkan notis usul untuk menyemak semula dan mengetepikan keputusan yang dibuat Hakim Mahkamah Sesyen pada 2 Sept lepas.
"Zizie telah memfailkan permohonan untuk semakan keputusan pada Isnin lalu dan hari ini ditetapkan untuk sebutan di hadapan Yang Arif Datuk Collin manakala Bung Moktar memfailkan permohonan yang sama dan Isnin (26 Sept) ini ditetapkan untuk sebutan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abd Hamid.
Bagaimanapun, pihak kami akan membuat permohonan rasmi bagi menyatukan kedua-dua semakan untuk didengar di hadapan seorang hakim sahaja," kata Athimulan.
Sehubungan itu, Athimulan berkata pihaknya memohon agar perbicaraan di Mahkamah Sesyen ditangguhkan sehingga semakan di Mahkamah Tinggi diputuskan.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Faridz Gohim Abdullah berkata pihaknya akan memfailkan bantahan terhadap semakan itu selepas perintah untuk penyatuan semakan itu diperoleh daripada mahkamah, namun tidak membantah untuk penangguhan perbicaraan di Mahkamah Sesyen.
Bung Moktar dan Zizie Izette selaku pemohon memfailkan permohonan semakan secara berasingan Isnin lepas, antara lain memohon Mahkamah Tinggi memanggil dan memeriksa rekod prosiding perbicaraan di Mahkamah Sesyen yang mendengar dan memutuskan mereka membela diri terhadap pertuduhan rasuah dan bersubahat.
Dalam permohonan itu, kedua-duanya memohon perintah Mahkamah Tinggi membatalkan keputusan yang disampaikan Mahkamah Sesyen.
Kedua-dua pemohon berkata hakim yang mendengar perbicaraan terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan pemohon menerima suapan daripada dua ejen pelaburan yang merupakan saksi utama dalam kes itu.
Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, Hakim Rozina Ayob menetapkan perbicaraan bela diri ditetapkan pada satu tarikh lain yang akan dijadualkan kelak dan menetapkan Isnin ini untuk sebutan kes bagi pihak-pihak memaklumkan kepada mahkamah mengenai perkembangan permohonan semakan.
Hari ini, Bung Moktar dan Zizie Izette sepatutnya memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi dengan pihak pendakwaan diberikan peluang untuk menyoal mereka semasa pemeriksaan balas.
Pada 2 Sept lalu, Rozina memerintahkan pasangan itu membela diri atas tiga pertuduhan rasuah selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka.
Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.
Bung Moktar dituduh menerima rasuah daripada ejen Public Mutual, Madhi Abdul Hamid, menerusi Zizie Izette di Public Bank Cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu juga didakwa menerima suapan wang tunai RM337,500 daripada perunding Unit Amanah, Norhaili Ahmad Mokhtar di bawah nama Zizie Izette atas sebab sama dan di tempat sama pada 19 Jun 2015 manakala Zizie Izette berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 23 2022
Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin (tengah) tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini untuk perbicaraan membela diri atas tiga pertuduhan berhubung rasuah berjumlah RM2.8 juta. - Foto BERNAMA
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
Kes bunuh Zaharif: Saksi tidak sempat siasat elemen pandu melulu, siasatan bawah kesalahan jenayah
Jong berkata dia tidak sempat untuk membuat siasatan lanjut ke atas elemen pandu melulu kerana siasatan ditukar kepada pegawai penyiasat bahagian jenayah.
Najib nafi arah pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pernah mengarahkan pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kes bunuh pelajar vokasional: Mangsa dipaksa mengaku mencuri - Pegawai polis
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, yang ditemukan mati pada Mac lepas, dipaksa mengaku mencuri selepas dipukul.
Mahkamah dengar rayuan berhubung Titah Adendum pada 6 Januari
Jabatan Peguam Negara meminta semua pihak menghormati prosiding mahkamah dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang bersifat subjudis.
Kes bunuh kolej vokasional: Tertuduh kedua arah ditinggalkan bersendirian bersama mangsa
Seorang pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa tertuduh kedua telah mengarahkan semua yang berada di bilik asrama 5 Belian keluar.
CPR bukan sebab kematian Zaharif - Pakar forensik
Mahkamah Tinggi diberitahu kecederaan yang terdapat pada badan Muhammad Zaharif Affendi bukan disebabkan oleh CPR yang diberikan kepada mangsa selepas perlanggaran pada 15 Dis tahun lepas.
Kes bunuh pelajar vokasional: Mangsa, tertuduh bergaduh satu lawan satu - Saksi
Saksi pendakwaan ke-16 berkata ketika pergaduhan itu, mangsa dan tertuduh ke-11 saling berbalas tumbukan dengan dikelilingi tertuduh pertama, keempat, kelima, keenam, kelapan, serta kesembilan.