awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Tinggi kenakan hukuman penjara 24 bulan terhadap bekas CEO Transmile

Bernama
Bernama
25/01/2022
20:34 MYT
Mahkamah Tinggi kenakan hukuman penjara 24 bulan terhadap bekas CEO Transmile
Hakim mengambil maklum usaha yang dilakukan oleh SC untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Gan bahawa beliau telah mengelak daripada ditangkap, sekali gus gagal menghadiri perbicaraan rayuan.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Selasa menaikkan hukuman penjara terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Eksekutif Transmile Gan Boon Aun kepada 24 bulan, sekali gus membenarkan rayuan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) terhadap hukuman penjara satu hari yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen.
Mahkamah Tinggi juga mengekalkan denda awal sebanyak RM2.5 juta yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen pada 27 Ogos, 2020, kata SC dalam satu kenyataan dikeluarkan.
Gan disabitkan kesalahan kerana memberi kenyataan yang mengelirukan dengan niat untuk menipu berkaitan pendapatan Transmile Group Bhd dalam Laporan Suku Tahun syarikat mengenai Keputusan Disatukan yang Belum Diaudit bagi Tahun Kewangan berakhir 31 Disember, 2006.
Penyata mengelirukan mengenai jumlah pendapatan terdiri daripada lebih RM333 juta angka jualan yang direka. Sabitan Gan adalah di bawah seksyen 122B yang dibaca bersama seksyen 122(1) Akta Perindustrian Sekuriti 1983.
Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan mengambil maklum usaha yang dilakukan oleh SC untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Gan bahawa beliau telah mengelak daripada ditangkap, sekali gus gagal menghadiri perbicaraan rayuan.
Gan masih bebas dan SC sedang mendapatkan maklumat daripada pihak awam untuk mengesannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Transmile
#Gan Boon Aun
#memberi kenyataan mengelirukan dengan niat menipu
#jumlah pendapatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan