awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah tolak permohonan melepaskan Chegubard daripada pertuduhan APA 2012

Bernama
Bernama
16/05/2014
15:59 MYT
Mahkamah tolak permohonan melepaskan Chegubard daripada pertuduhan APA 2012
Mahkamah tolak permohonan melepaskan Chegubard daripada pertuduhan APA 2012
Mahkamah Sesyen di sini Jumaat menolak permohonan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin untuk melepas tanpa membebaskannya daripada pertuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.
Hakim Yasmin Abdul Razak menolak permohonan yang dikemukakan peguambela Badrul Hisham, Eric Paulsen yang berhujah berdasarkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 25 April lepas yang menggugurkan pertuduhan ke atas Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad kerana menganjurkan perhimpunan Blackout 505 di Stadium Kelana Jaya pada 8 Mei tahun lepas.
Paulsen berkata mahkamah akan tersalah arah sekiranya menunggu Parlimen meminda Akta Perhimpunan Aman itu kerana Mahkamah Rayuan telah memutuskan akta tersebut tidak mengikut perlembagaan dan tidak terpakai.
Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim pula berhujah bahawa akta itu masih boleh diguna pakai sehingga Parlimen memindanya.
Beliau juga memohon supaya mahkamah menangguhkan kes itu yang ditetapkan untuk perbicaraan semalam.
Mahkamah kemudian menetapkan 5 Jun ini untuk sebutan semula kes itu.
Badrul Hisham, 35, atau dikenali sebagai "Chegubard" sebagai penganjur program itu didakwa gagal memberitahu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya mengenai program itu dalam tempoh masa ditetapkan iaitu 10 hari sebelum tarikh program diadakan.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Padang Timur, Dataran Petaling Jaya, Jalan Timur, Petaling Jaya dekat sini antara pukul 5 petang hingga 12 tengah malam, 23 Mei tahun lepas.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 9(5) akta sama, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000 jika sabit kesalahan.
Topic Berkaitan
#APA 2012
#Chegubard
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan