Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk mendapatkan surat pelantikan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan dalam perbicaraan kes rasuahnya berkaitan pembekalan dan pemasangan sistem tenaga solar kepada 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas mendapati isteri bekas perdana menteri itu tidak memberikan sebarang justifikasi untuk mendapatkan surat pelantikan Sri Ram.
Apa yang lebih penting menurut Mohamed Zaini ialah Rosmah tidak memberikan sebarang alasan asas untuk menegaskan di bawah undang-undang beliau berhak untuk meminta satu salinan surat pelantikan itu.
Rosmah, 68 berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua tuduhan menerima suapan sebanyak RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin.
Suapan itu didakwa diterima menerusi bekas pembantunya, Datuk Rizal Mansor, sebagai upah membantu Jepak mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Suria Fotovolta (PV) Hibrid serta penyelenggaraan dan operasi genset/diesel, untuk 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1. 25 bilion dari Kementerian Pendidikan, secara rundingan terus.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra di sini; Kediaman Rosmah di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 hingga September 2017.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 19 2020
Rosmah tidak memberikan sebarang alasan asas untuk menegaskan di bawah undang-undang beliau berhak untuk meminta satu salinan surat pelantikan itu. -Bernama
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Terarium - Keceriaan tercipta di dalam bekas
Terarium ini mungkin boleh menjadi pilihan atau solusi bagi mereka yang suka tanaman tetapi sering kesuntukan masa.
Mahkamah tolak permohonan SPSB kembalikan saman terhadap bekas Ahli Parlimen Muar
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan SPSB untuk kebenaran merayu berhubung saman fitnah RM100 juta oleh syarikat itu terhadap Datuk Seri Razali Ibrahim berhubung kenyataannya membabitkan KLVC.
Bicara kes rogol Paul Yong bermula di Mahkamah Tinggi Ipoh
Adun Tronoh itu tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 8.45 pagi dengan disambut sorakan kira-kira 30 penyokongnya yang datang dengan sebuah bas.
Adam Rosly gagal ketepi sabitan, hukuman penjara dan denda
Yaacob, yang menyampaikan keputusan sebulat suara mahkamah, berkata sabitan ke atas Adam Rosly adalah selamat serta disokong oleh bukti yang kukuh.
Mujahid berjaya batal saman fitnah Kamarul Zaman
Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa hari ini berjaya membatalkan saman fitnah difailkan bekas Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia (UUM) Kamarul Zaman Yusoff.
Bekas Timbalan Menteri Besar Selangor, Abu Sujak Mahmud meninggal dunia
Bekas Timbalan Menteri Besar Selangor Datuk Abu Sujak Mahmud, meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 4, di sini kira-kira pukul 6 petang tadi.
Bekas Peguam Cara III buat laporan polis, gesa siasat Tommy Thomas
Bekas Peguam Cara III Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria telah membuat laporan polis terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas semalam.
Dua peguam Trump tarik diri menjelang perbicaraan mahkamah Februari depan
Peguam, Butch Bowers dan Deborah Barbier dilaporkan telah meninggalkan pasukan peguam yang mewakili Donald Trump dalam perbicaraan pendakwaan bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Kim Swee dilantik Pengarah Teknikal FAM
Bekas jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu berkuat kuasa 1 Jan baru-baru ini.
Mahkamah batal saman Najib terhadap AmBank dan bekas pengurus
Hakim Datuk Khadijah Idris memutuskan saman yang difailkan oleh Najib itu sebagai suatu yang melampau, menyakitkan hati, remeh-temeh dan menyalahgunakan proses mahkamah.