AYER KEROH: Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.
Petisyen berkenaan dikemukakan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Dr Mohd Aleef Yusof, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pengurus pilihan raya DUN Sungai Udang.
Hakim Mahkamah Pilihan Raya, Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas mendapati segala tuduhan yang dilemparkan menerusi petisyen berkenaan, tidak berasas.
Peguam yang mewakili Dr Mohd Aleef iaitu Rosli Dahlan berkata, seramai 20 saksi dikemukan oleh kedua-dua pihak pempetisyen dan responden sepanjang prosiding perbicaraan yang bermula pada 24 Mac lalu
Katanya, mahkamah hari ini menolak lima tuduhan yang dilemparkan iaitu masing-masing dua terhadap Dr Mohd Aleef dan tiga terhadap SPR yang mendakwa kononnya ADUN Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) itu melakukan sogokan untuk meraih undi pasukan tentera pada PRN lalu.
“Jadi dalam keputusan hakim yang dibacakan setebal 35 muka surat, mahkamah memperincikan satu persatu bahawa tidak berlaku penyelewengan terhadap pihak SPR mahupun sogokan oleh Dr Aleff sebagai pemenang pilihan raya tersebut.
“Malah secara rambangnya kita lihat dia (pempetisyen) mengadu bahawa ada penyelewengan
dan kalaulah dikatakan berlaku penyelewengan,, tidak menjejaskan pun keputusan. Tetapi hari ini kita mendapat kepastian mahkamah secara jelas bahawa segala aduan itu hanya tohmahan yang tidak berasas,”katanya ketika ditemui selepas prosiding di pekarangan Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu.
Pada prosiding itu, Mohamad Ali yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri tidak hadir dan diwakili barisan peguamnya Amin Othman, Datin Rosfinah Rahmat, Wan Hamidah Wan Ismail, Nor Hazira Abu Haiyan.
Terdahulu, kerusi Dun Sungai Udang dimenangi Dr Mohd Aleef dalam pertembungan empat penjuru, dengan majoriti 530 undi pada PRN Melaka, 20 November lalu.
Mohamad Ali yang tewas dalam PRN itu, memfailkan petisyen pada 14 Disember lalu bagi membatalkan keputusan yang memihak kepada Dr Mohd Aleef daripada Perikatan Nasional, (PN)
Beliau memfailkan petisyen kepada tiga responden iaitu Dr. Mohd aleef, SPR dan pengurus pilihan raya bagi DUN Sungai Udang..
Mahkamah sama pada 11 Februari lalu turut menolak bantahan awal dikemukakan SPR dan dua lagi responden terhadap petisyen pilihan raya yang dikemukakan Mohamad Ali dan menetapkan 24 Mac hingga 31 April lepas sebagai tarikh perbicaraan.
Shuhada Abdul Kadir
Wed Jun 08 2022

Peguam yang mewakili Dr Mohd Aleef iaitu Rosli Dahlan berkata, seramai 20 saksi dikemukan oleh kedua-dua pihak pempetisyen dan responden sepanjang prosiding perbicaraan yang bermula pada 24 Mac lalu. - Foto Astro AWANI

AWANI Ringkas: Keanggotaan Majlis Madani babitkan NGO Islam dan Bukan Islam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Agong harap Malaysia-Singapura tingkat kerjasama
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

29 lokasi seluruh negara diperkenan untuk melihat anak bulan Ramadan
Pengisytiharan tarikh mula berpuasa oleh Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja akan dibuat malam ini.

Kita suka menghukum tanpa mengenali orang lain - Muhammad Faisal
Menurut Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, Muhammad Faisal Abdul Aziz perkara itu boleh diatasi dengan adanya program-program kunjungan dalam konteks agama dan kaum.

Lans Koperal didakwa terima rasuah RM3,500
Ia sebagai dorongan memulangkan semula barang-barang rampasan kes.

Wan Azizah harap Persatuan Pandu Puteri Malaysia terus berkembang
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan terus berkembang.

Lagenda Knicks Willis Reed meninggal dunia pada usia 80 tahun
Sebelum ini Reed dilaporkan mengalami pelbagai masalah kesihatan berkaitan jantung tahun lepas.

KSM bersedia kendali, stuktur semula program berkaitan TVET
Kementerian Sumber Manusia bersedia memikul tanggungjawab untuk mengendali dan menstruktur semula program berkaitan TVET di negara ini.

Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah
Bekas Menteri Pendidikan itu memulakan tugas sebagai pensyarah di University of Cyberjaya.

Malaysia raih potensi pelaburan RM24 bilion dari Korea Selatan - MIDA
Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Korea Selatan baru-baru ini, berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM24 bilion bagi Malaysia.

Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.

UPKO bantu calon Warisan dalam PRK Parlimen Kimanis
Beliau berkata UPKO telah mengadakan mesyuarat dan melantik jentera PRK bagi memastikan setiap ahli UPKO di Parlimen Kimanis akan keluar mengundi pada hari pengundian dan memilih calon kerajaan.

PRK Kimanis: SPR tunggu perakuan Mahkamah Persekutuan untuk tindakan lanjut
Mahkamah Persekutuan pada Isnin menolak rayuan Anifah untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya pada 16 Ogos lepas bahawa kemenangannya di Parlimen Kimanis pada PRU14 tidak sah dan terbatal.

PRK Cameron Highlands: Hari mengundi 26 Jan, penamaan 12 Jan
Suruhanjaya Pilhan Raya SPR hari ini mengumumkan 12 Januari 2019 sebagai hari penamaan calon bagi Pilihanraya Kecil (P.078) Cameron Highlands.

Rasuah PRU: Sivarraajh sedia bekerjasama dengan SPRM
Bagaimanapun, penyandang kerusi Parlimen Cameron Highlands itu tetap mendakwa dirinya tidak bersalah.

Dr Jeffrey kekal kerusi Parlimen Keningau
Susulan keputusan itu, Ravinthran turut memerintahkan Jikulin membayar kos RM10,000 kepada Jeffrey, yang juga presiden STAR Sabah.