KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman RM10 juta yang difailkan bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap veteran DAP Lim Kit Siang yang didakwa memfitnahnya dalam artikel mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Datuk Azimah Omar memutuskan bahawa Lim berjaya mewajarkan keistimewaan yang layak dimilikinya apabila membuat kenyataan itu kerana skandal 1MDB melibatkan jenayah, menyalahi undang-undang, kesan sosial, ekonomi kepada ekonomi negara serta moral pemimpin dan agensi tertinggi negara.
"Ia baik dari segi hak rakyat. Ia bukan sahaja soal defendan (Lim) sebagai ahli parlimen - kepentingan dan kewajipan untuk menyuarakan kekecewaan dan permusuhan mereka, terutamanya apabila semua jalan (aduan) telah habis diusahakan, dan segala usaha itu langsung tidak dipedulikan.
"Defendan menyuarakan pendapatnya kepada orang ramai kerana dia melaksanakan pelaporan yang bertanggungjawab," katanya dan memerintahkan supaya Mohamed Apandi membayar kos RM80,000 kepada Lim.
Hakim memutuskan kenyataan Lim wajar apabila menggesa Mohamed Apandi menjawab mengapa dia membebaskan Datuk Seri Najib Razak daripada dikaitkan dengan skandal 1MDB pada 2016.
Hakim Azimah berkata Lim wajar membangkitkan isu itu, terutamanya berikutan bekas perdana menteri itu telah disabitkan oleh Mahkamah Tinggi KL pada 2020 dalam kes rasuah RM42 juta SRC International Sdn Bhd.
Beliau seterusnya berkata sabitan Najib telah dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan tahun lepas.
Mohamed Apandi, 72, hadir di mahkamah hari ini, manakala Lim, 81, menyertai prosiding secara dalam talian.
Terdahulu, Hakim Azimah menegur Lim kerana tidak hadir ke mahkamah untuk mendengar keputusan berhubung saman itu.
"Sebagai ahli parlimen, Lim sepatutnya tahu undang-undang dan sebagai defendan, dia sepatutnya menghormati mahkamah ini," kata hakim yang berang dengan ketidakhadiran Lim.
Peguam Lim, Sangeet Kaur Deo dalam jawapannya mengaku yang dia tersilap apabila tidak memberitahu anak guamnya supaya hadir di mahkamah.
"Kami memohon maaf terhadap perkara ini. Kami ingatkan adalah memadai dengan kehadiran sedia ada. Dia (Lim) boleh dihubungi menerusi Zoom sekiranya dibenarkan mahkamah," katanya.
Pada 5 Julai 2019, Mohamed Apandi menyaman Lim, dan dalam penyataan tuntutan mendakwa pada 6 Mei 2019, Lim telah menulis dan membawa kepada penerbitan artikel bertajuk, Dangerous fallacy to think Malaysia's on the road to integrity dalam Malaysiakini.
Beliau mendakwa perkataan berunsur fitnah dalam artikel itu membawa maksud bahawa beliau terlibat dalam jenayah dan bersubahat dalam skandal kewangan 1MDB, seorang individu yang tidak bermoral dan berintegriti, tidak beretika serta telah menyalahgunakan kuasanya ketika menjadi Peguam Negara.
Mohamed Apandi yang menyandang jawatan Peguam Negara dari 27 Julai 2015 hingga 4 Jun 2018, mendakwa bahawa perkataan fitnah itu adalah tidak benar dan ditulis dengan niat mencemarkan imej serta kredibilitinya sebagai bekas Peguam Negara Malaysia bagi meraih publisiti murahan.
Beliau menuntut ganti rugi teruk dan teladan serta ganti rugi am RM10 juta, perintah injunksi bagi menghalang Lim dan/atau ejennya daripada terus menerbitkan perkataan yang didakwa berunsur fitnah dan relief lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 23 2022

Mohamed Apandi, 72, hadir di mahkamah hari ini, manakala Lim, 81, menyertai prosiding secara dalam talian. - Gambar fail

Undi18 lahirkan pemimpin matang, berkualiti - Tengku Zafrul
Semakin awal golongan muda diberi hak untuk terlibat dalam proses membuat keputusan, semakin cepat mereka bersedia galas tanggungjawab sebagai pemimpin, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. #AWANInews

AWANI Ringkas: Buli Di MRSM Kuantan| Polis sahkan tiada unsur gangsterisme

PH akan bincang pembahagian kerusi, fokus pada 52 kerusi ditandingi Bersatu
PKR akan bertanding di semua kerusi yang pernah dimenanginya dalam PRU14 termasuk Parlimen Gombak, Tebrau, Ampang, Batu Pahat dan Segamat.
![AWANI 7:45 [13/08/2022] – Litar lumba drag | Suspek pukul ditahan | Bukan kapal kayu | Misi mencari Hadi AWANI 7:45 [13/08/2022] – Litar lumba drag | Suspek pukul ditahan | Bukan kapal kayu | Misi mencari Hadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982479/thumbnails/28747953021660397464241_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [13/08/2022] – Litar lumba drag | Suspek pukul ditahan | Bukan kapal kayu | Misi mencari Hadi
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nailah Huda Tumpuan #AWANI745 malam ini: -LCS bukan projek halimunan, kapal sedang disiapkan, kata BNS -Selepas ini setiap negeri ada litar lumba drag -Selepas antilompat parti, kini giliran RUU sumbangan politik pula

Agenda AWANI Asia: Integrasi 5G, manfaat untuk semua
Kerajaan menyasarkan 100 peratus liputan akses 5G di seluruh negara menjelang 2025. Apa cabaran terhadap usaha untuk mempercepat pembangunan teknologi itu di negara ini? Agenda Awani Asia, Sabtu 9 malam.

MAHA 2022 capai sasaran satu juta pengunjung - PM Ismail Sabri
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang akan berakhir esok berjaya mencapai sasaran satu juta pengunjung hari ini.
![[TERKINI] Buli MRSM | Polis rakam percakapan pihak terlibat [TERKINI] Buli MRSM | Polis rakam percakapan pihak terlibat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982470/thumbnails/28747953001660393926795_640x360.jpg)
[TERKINI] Buli MRSM | Polis rakam percakapan pihak terlibat
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu memaklumkan, pihaknya sudah merakam percakapan pihak terlibat seperti guru, pelajar dan ibu mangsa bagi membantu siasatan kes buli yang didakwa berlaku di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuantan.

Perpaduan Nasional | KPN memperluas penubuhan SRN ke seluruh IPT
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) memperluaskan penubuhan Sekretariat Rukun Negara (SRN) di semua Institut Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara. Menterinya, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata pusat pengajian seperti universiti akan menjadi antara pusat integrasi dalam mencapai agenda Perpaduan Nasional.

PRU15 | PH akan bincang pembahagian kerusi, fokus 52 kerusi Bersatu
Pakatan Harapan (PH) setakat ini masih belum membincangkan pembahagian kerusi melibatkan parti dalam gabungan itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Tidak wujud unsur gangsterisme dalam kejadian di MRSM Kuantan - PDRM
Ketua Polis Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu memaklumkan kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Tun M jawab soalan Apandi isu tuntutan Pulau Batu Puteh, Sulu dan kekayaan anaknya
Jika Malaysia memungkiri perjanjian antarabangsa, negara lain tidak akan percaya Malaysia mampu menunaikan perjanjian sekali gus menyebabkan negara akan hilang kredibiliti.

Polis selesai rakam keterangan Apandi
Polis selesai merakamkan keterangan bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini berhubung laporan seorang Ahli Parlimen terhadap siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Proses merakam keterangan Tan Sri Apandi tidak berlangsung di Bukit Aman
Bagaimanapun, tiada sebarang maklumat setakat ini tentang di mana dan bila beliau akan merekodkan keterangan kepada pihak USJT.

Apandi dipanggil rakam keterangan berkaitan kes 1MDB
Siasatan akan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, pada Isnin.

Kes 1MDB: Bukit Aman siasat Apandi Ali
Polis sedang menyiasat bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkaitan dakwaan salah guna kuasa dalam siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kes Batu Puteh: Bantahan lantikan Apandi sepatutnya dibuat awal - Wan Junaidi
Sebarang bantahan mengenai kedudukan Mohamed Apandi sebagai Pengerusi PPK Semakan Undang-Undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan sewajarnya dibangkitkan lebih awal.

1MDB: Penglibatan Apandi sebagai orang tengah seperti ada konflik berkepentingan - Pejuang
Pejuang hari ini membuat tiga laporan polis terhadap 'peranan' Apandi Ali dalam aturan perbincangan Jabatan Peguam negara dan pihak mewakili Jho Low.

1MDB: Apandi hanya sebagai fasilitator dalam rundingan bersama Jho Low
Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menyatakan dirinya hanya sebagai fasilitator dalam rundingan kes 1MDB membabitkan individu dikehendaki, Jho Low.

Jho Low tawar RM1.5 bilion kepada kerajaan selesai pertuduhan
Menurut laporan The Edge yang memetik sumber mereka pada Jumaat, kerajaan bagaimanapun telah menolak tawaran tersebut.

Apandi Ali lepas jawatan lembaga pengarah Metronic
Apandi yang dilantik ke lembaga pengarah pada Julai 2021 meletak jawatan sebagai pengarah bebas dan bukan eksekutif kerana "komitmen peribadi".