awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakar cadang wujudkan Akta TVET bagi tingkat pelaksanaan NIMP 2030
Polis tahan tiga lelaki miliki pelbagai spesies kura-kura
Belia terperangkap dalam ‘survival mode’, kurang impak kepada ekonomi digital – Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAIS nafi kandungan fitnah FB Ahmad Shuaib Ismail

Bernama
Bernama
02/09/2023
13:57 MYT
MAIS nafi kandungan fitnah FB Ahmad Shuaib Ismail
Dr Ahmad Shahir berkata, antara kandungan penulisan itu menyatakan MAIS mengisytihar Hadi ajaran kafir sesat. - Gambar fail/FB MAIS
SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menafikan kenyataan yang dibuat oleh pemilik akaun media sosial Facebook, Ahmad Shuaib Ismail, semalam, yang mempunyai unsur fitnah dan boleh menjatuhkan imej MAIS.
Setiausahanya, Dr Ahmad Shahir Makhtar, dalam kenyataan hari ini, berkata antara kandungan penulisan itu menyatakan MAIS mengisytihar Hadi ajaran kafir sesat.
"Pihak MAIS mendapati kandungan hantaran yang dibuat di akaun media sosial itu adalah tidak benar dan mengandungi unsur fitnah yang boleh mencemarkan imej MAIS sebagai pihak berkuasa agama di Selangor," katanya.
Beliau berkata pihak MAIS amat memandang serius terhadap perkara seperti itu dan terhadap mana-mana pihak yang sewenang-wenangnya menggunakan nama MAIS untuk sebarang kepentingan.
"Tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mereka berkaitan perkara ini," tegasnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MAIS
#ajaran kafir sesat
#media sosial
#fitnah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan