awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAIS sasar RM14 juta kutipan fidyah di Selangor

Bernama
Bernama
21/02/2024
14:00 MYT
MAIS sasar RM14 juta kutipan fidyah di Selangor
Pengerusi MAIS Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata sasaran itu ditetapkan susulan kejayaan pihaknya mengutip RM12.5 juta tahun lepas, berbanding sasaran awal yang ditetapkan RM11.5 juta. - Gambar fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyasarkan kutipan fidyah sebanyak RM14 juta tahun ini, untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan.
Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata sasaran itu ditetapkan susulan kejayaan pihaknya mengutip RM12.5 juta tahun lepas, berbanding sasaran awal yang ditetapkan RM11.5 juta.
"Seperti sedia maklum, fidyah merupakan sesuatu yang dibayar untuk menebus diri, baik dalam bentuk harta atau tindakan lain yang dilakukan kerana kekurangan dalam salah satu amal ibadah, dan hukum membayar fidyah ini adalah wajib. Oleh itu, saya menyeru kepada semua masyarakat Islam di Selangor ini, untuk menyegerakan bayaran fidyah melalui MAIS," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Kempen Bulan Kesedaran Tunai Fidyah MAIS dan majlis penghargaan rakan strategik serta rakan media, di sini hari ini.
Sementara itu, MAIS dalam kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya akan bekerjasama dengan 298 Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) bagi membantu menyampaikan sumbangan fidyah secara efisien, menyeluruh dan tepat kepada golongan penerima.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MAIS
#kutipan fidyah
#Selangor
#Majlis Agama Islam Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan