KUALA LUMPUR:Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) memohon lebih banyak masa untuk mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 2019 (Akta 446) yang dikuatkuasakan sepenuhnya oleh Kementerian Sumber Manusia semalam.
Presiden MEF Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata kerajaan perlu mengambil kira keadaan semasa dan tidak menghukum majikan kerana tidak mematuhi akta tersebut
"Dalam mematuhi akta itu, majikan perlu mematuhi hal-hal seperti keperluan ruang dan minimum ketebalan tilam. Sebagai contoh, ruang seluas 1,500 kaki persegi hanya dapat menampung maksimum enam pekerja asing dan kita tahu ramai rakyat Malaysia tinggal di ruang yang jauh lebih kecil daripada ini.
"Majikan yang gagal mematuhi akta ini akan dikenakan denda RM50,000 bagi setiap pekerja asing. Pada masa yang sama, banyak majikan bergantung pada program subsidi gaji dan bantuan kerajaan yang lain untuk bertahan dalam pandemik ini," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Menjelas lanjut, beliau berkata sejak permulaan COVID-19 hingga September tahun ini, lebih 30,000 perniagaan telah ditutup dengan majoriti gagal memulihkan semula operasi setelah ekonomi dibuka secara beransur-ansur pada Jun lepas, dan menambah bahawa pada 24 Nov, kira-kira 100,000 pekerja mendapat faedah pemberhentian pekerja di bawah Sistem Insurans Pekerjaan (EIS)
"Masalah utama yang dihadapi majikan pada masa ini adalah untuk bertahan dan kami berharap kerajaan akan mempertimbangkan rayuan MEF untuk belas ihsan kepada majikan pada masa yang sangat sukar ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 27 2020

SYED HUSSAIN: Kami harap kerajaan akan mempertimbangkan rayuan MEF untuk belas ihsan kepada majikan pada masa yang sangat sukar ini. - Gambar fail BERNAMA

13 anggota sindiket dadah terbesar di Johor didakwa esok - Ayob Khan
13 anggota sindiket dadah terbesar negara termasuk ketua sindiket terbabit dan teman wanitanya selaku 'akauntan' akan didakwa di mahkamah Majisteret pada Selasa.

Kain Rentang | Desak Ahmad Zahid letak jawatan, laporan polis dibuat
UMNO bahagian Tanjung Malim membuat laporan polis berhubung kain rentang yang mendesak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO. Melalui akaun Facebooknya pada Isnin, pemangku Ketua Bahagian, Mohd Zaidi Aziz menafikan ia dilakukan oleh ahli UMNO di bahagiannya.

PKP 2.0 | Polis Terengganu kesan 12 laluan tikus
Polis Terengganu ketatkan kawalan dan rondaan di laluan tikus bagi menghalang pergerakan rentas negeri dan daerah sepanjang tempoh PKP 2.0. Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata sebanyak 12 laluan tikus dikenal pasti di daerah Besut dan Kemaman.

LPT2 | Pengguna harap pengurusan tingkat tahap keselamatan
Pengguna Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2 meminta pihak pengurusan lebuh raya berkenaan mengambil tindakan sewajarnya berhubung kerosakan pagar keselamatan di yang menyebabkan haiwan ternakan bebas memasuki lebuh raya itu sehingga membahayakan keselamatan mereka, terutamanya pada waktu malam.

Jenayah | PGA rampas ketum lebih 1 tan
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menggagalkan cubaan untuk menyeludup lebih satu tan daun ketum bernilai RM33,390 ke negara jiran. Menurut Komander PGA Briged Utara, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji, rampasan itu hasil operasi berasingan di Padang Besar dan Kuala Perlis.

TERKINI: Pemuda UMNO Perak teguh bersama Presiden

AWANI Ringkas: PGA gagalkan cubaan seludup 1 tan ketum | 10 tahun untuk Golongan miskin pulih pandemik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (1:00PM).

Wanita 85 tahun kembali 'ketuk pintu' rumah jagaan selepas 10 hari diisytihar mati akibat COVID-19
Seluruh ahli keluarga Rogelia Blanco telahpun difahamkan bahawa wanita itu telah selamat dikebumi.

Jangan dibiar api kecil membakar tiang - Pemuda UMNO Perak teguh bersama Zahid
Pemuda UMNO Negeri Perak yakin dengan kekuatan yang telah dibina oleh Presiden parti dalam menegakkan layar disaat UMNO dipukul ombak.

Zii Jia, lima beregu layak ke final Jelajah Dunia HSBC BWF
Kesemua mereka layak ke kejohanan akhir musim itu selepas tersenarai dalam lapan pemain dan beregu terbaik bagi setiap kategori.

Industri kelapa sawit paling terdedah kekurangan buruh - KRI
Fatimah berkata, pengeluaran hanya mencapai seperlima daripada paras biasa atau 'Business As Usual (BAU) level'.

COVID-19: Golongan miskin perlu lebih 10 tahun untuk pulih pasca pandemik - Laporan
COVID-19 berpotensi untuk meningkatkan ketidaksamaan ekonomi di hampir setiap negara secara serentak.

EuroCham gesa komuniti perniagaan patuhi SOP, elak aktiviti ekonomi ditutup
Komuniti perniagaan disaran memandang serius terhadap laporan media mengenai kluster COVID-19 yang dikaitkan dengan kilang, tapak pembinaan dan kawasan tempat kerja lain.

Godiva tutup operasi kesemua 128 cawangan di Amerika Utara
Jenama dari Turki itu mengumumkan terpaksa menutup operasi semua 128 kedainya, termasuk kafe dan butik, di seluruh Amerika Utara.

Tutup ekonomi: Lebih ramai 'mati' akibat kemiskinan berbanding COVID-19 - CME
Bukti saintifik juga menunjukkan penutupan ekonomi tidak efektif dalam mencegah penularan COVID-19.

COVID-19: Ekonomi mungkin ditutup jika kes tidak turun - Surat EuroCham
Perkara itu dimaklumkan Ketua Setiausaha MITI Datuk Lokman Hakim Ali sewaktu bermesyuarat bersama EuroCham.

COVID-19: Setahun selepas perintah berkurung, kehidupan di Wuhan kembali normal
Bandar Wuhan yang merupakan wilayah pertama di dunia yang dikuatkuasakan perintah berkurung akibat COVID-19 kini kembali normal dengan aktiviti ekonomi dan sosial berjalan seperti biasa.

COVID-19: Slovakia sasar hampir semua rakyat lakukan ujian saringan
Ujian saringan tidak diwajibkan, namun bermula Khamis lepas, rakyat Slovakia perlu menunjukkan keputusan negatif COVID-19 sebelum masuk ke tempat kerja.

GST boleh dilaksanakan semula jika ekonomi negara meningkat - Anwar
GST boleh dilaksanakan semula di Malaysia namun hanya ketika ekonomi lebih meyakinkan dan pendapatan rakyat meningkat.

Perjalanan penyenaraian awam FGV akan berakhir- Ahli Ekonomi
Ketika FGV disenaraikan pada tahun 2012 dengan harga tawaran awam permulaan (IPO) RM4.55, permodalan pasarannya hampir mencecah RM17 bilion.