awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar kolej komuniti maut dalam kemalangan libat tiga kenderaan
Projek baik pulih cerun VHF perkukuh keselamatan infrastruktur negara
Proton perluas strategi elektrifikasi dengan menceburi segmen PHEV
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis Bandaraya Shah Alam lancar bas elektrik pertama

Bernama
Bernama
05/04/2017
12:00 MYT
Majlis Bandaraya Shah Alam lancar bas elektrik pertama
Zaharin (kanan) melancarkan Bas Elektrik Pertama MBSA di Jabatan Pembangunan Komuniti MBSA hari ini. --fotoBERNAMA
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini melancarkan dua unit bas elektrik bagi merealisasikan matlamat bandar raya rendah karbon menjelang 2030.
Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata perkhidmatan bas percuma itu menggantikan dua unit bas diesel sedia ada yang disediakan untuk kegunaan orang awam yang menghubungkan Seksyen 19 dan 7 melalui pusat bandar di Seksyen 2, 3, 6 dan 7.
Beliau berkata MBSA mengambil inisiatif untuk menggunakan bas elektrik berdasarkan permintaan yang tinggi dan kadar bilangan penumpang yang semakin meningkat iaitu sekitar 100,000 penumpang sebulan.
"Tujuan perkhidmatan bas percuma yang mesra alam ini diperkenal sebagai salah satu inisiatif hijau pihak MBSA yang mensasarkan pengurangan karbon sebanyak 45 peratus iaitu sebanyak 31,914.54 tan," katanya kepada pemberita selepas menaiki bas elektrik itu mengelilingi pusat bandar raya Shah Alam.
Bas itu boleh memuatkan 67 penumpang termasuk Orang Kelainan upaya (OKU) dan dilengkapi panel LED, sistem kamera litar tertutup dan Wifi.
Ahmad Zaharin berkata MBSA juga merancang menambah lebih banyak lagi bas elektrik pada masa hadapan.
Perkhidmatan bas itu beroperasi setiap hari dari Isnin hingga Ahad bermula 6 pagi sehingga 10 malam. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Zaharin Mohd Saad
#bas diesel
#bas elektrik
#bas percuma
#Majlis Bandaraya Shah Alam
#MBSA
#shah alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan