awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis Belia Malaysia sangkal dakwaan terlibat dengan SMS hasutan

Bernama
Bernama
05/08/2023
12:59 MYT
Majlis Belia Malaysia sangkal dakwaan terlibat dengan SMS hasutan
Mohd Izzat Afifi menegaskan hantaran tersebut bukan bersumberkan daripada MBM atau mana-mana pertubuhan belia yang bergabung di bawahnya. - Gambar fail/FB Izzat Afifi
KUALA LUMPUR: Majlis Belia Malaysia (MBM) menyangkal dakwaan yang seakan-akan mengaitkan pertubuhan itu dengan hantaran pukal Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang bersifat provokatif dan menghasut.
Presiden MBM Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid dalam kenyataan hari ini menegaskan hantaran tersebut bukan bersumberkan daripada MBM atau mana-mana pertubuhan belia yang bergabung di bawahnya.
"MBM mengecam sekeras-kerasnya tindakan yang berniat jahat dan tidak bertanggungjawab oleh mana-mana pihak sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.
"Malah, sebarang usaha kempen yang bermatlamat memecahbelahkan perpaduan dalam kalangan rakyat juga harus dielakkan oleh semua parti politik," katanya.
Justeru, Mohd Izzat Afifi berkata MBM akan membuat laporan polis dalam masa terdekat bagi mengelakkan sebarang salah guna nama yang mengaitkan pertubuhan itu dengan keadaan yang tidak bertanggungjawab.
Beliau juga menyeru semua parti politik yang bertanding agar sentiasa berkempen secara matang dan sihat serta mengelakkan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang negara.
"MBM juga menyeru kepada seluruh warga belia Malaysia yang layak mengundi untuk turun mengundi pada 12 Ogos 2023 nanti," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Belia
#PRN
#laporan polis
#salah guna nama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan