awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis graduasi pelajar: JPN Negeri keluar surat arahan panduan penganjuran

Bernama
Bernama
30/01/2024
03:15 MYT
Majlis graduasi pelajar: JPN Negeri keluar surat arahan panduan penganjuran
Rahmad berkata ia adalah sebagai langkah bagi mengelakkan ibu bapa terbeban dengan penganjuran majlis tersebut. - Foto fail/BERNAMA
ALOR GAJAH: Jabatan Pendidikan negeri Melaka akan mengeluarkan satu surat arahan mengenai panduan bagi penganjuran majlis graduasi pelajar di peringkat sekolah.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata ia adalah sebagai langkah bagi mengelakkan ibu bapa terbeban dengan penganjuran majlis tersebut.
"Saya akui majlis seperti ini (yang dianjurkan) di hotel seolah-olah menjadi trend pada masa kini terutama di sekolah rendah dan terdapat maklum balas daripada ibu bapa menyatakan ia agak membebankan.
"Kami tidak menghalang namun bagi pihak saya, perkara ini tidak digalakkan kerana majlis tersebut boleh saja dilakukan dalam keadaan sederhana," katanya ketika ditemui selepas menyantuni pelajar peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Rahmat, Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai rungutan ibu bapa mengenai penganjuran majlis graduasi murid oleh pihak sekolah di hotel yang dianggap membebankan.
Terdahulu seramai 12,900 pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di 103 pusat peperiksaan di seluruh Melaka.
Turut menduduki SPM adalah 65 calon berkeperluan khas seperti masalah penglihatan, pendengaran, fizikal dan autisme manakala empat calon menduduki di hospital kerana masalah kesihatan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#majlis graduasi pelajar
#Rahmad Mariman
#Jabatan Pendidikan Negeri
#surat arahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan