awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis graduasi pelajar: Tak perlu sambutan bertaraf 5 bintang - Fadhlina Sidek

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
02/02/2024
06:42 MYT
Majlis graduasi pelajar: Tak perlu sambutan bertaraf 5 bintang - Fadhlina Sidek
Fadhlina (tengah) menunjukkan hasil kaligrafi bersama pelajar pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina dan Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) peringkat negeri di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yu Hua, hari ini. - Foto Bernama
KAJANG: Pihak sekolah dingatkan supaya bersederhana ketika mengadakan majlis graduasi untuk pelajar.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihak sekolah sepatutnya berunding dengan ibu bapa dan mengambil kira aduan mengenai majlis itu.
"Asas kepada graduasi adalak konsultasi dengan ibu bapa dan PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru). Jadi selesaikan di peringkat sekolah. Kalau ada bantahan kena ambil pandangan.
"Kita galakkan majlis yang sederhana tapi meriah dan penuh penghargaan kepada anak-anak kita. Yang penting majlis dilaksanakan dengan kesederhanaan untuk meraikan semua (pelajar)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina dan Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Peringkat Negeri Selangor si Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yu Hua, di sini pada Jumaat.
Sebelum ini tular rungutan seorang ibu di platform X yang terpaksa membayar RM200 untuk menghadiri majlis graduasi anaknya di sebuah hotel bertaraf lima bintang.
Sementara itu, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal itu berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) belum memutuskan sama ada akan melaksanakan semula Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dalam sukatan pelajaran kebangsaan 2027.
Namun katanya, KPM terbuka menerima cadangan semua pihak.
Beliau berkata, fokus sukatan pelajaran 2027 itu adalah melaksanakan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET), mempromosikan mata pelajaran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM); mengukuhkan kemahiran bahasa Inggeris serta menambah baik kemahiran digital pelajar.
Topic Berkaitan
#Fadhlina Sidek
#Kementerian Pendidikan
#majlis graduasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan