Majlis Graduasi SADA: Pembatalan penggunaan dewan atas faktor keselamatan- UUM

Menurut UUM, keputusan yang dibuat pada 1 Disember 2025 itu memutuskan Dewan Mu’adzam Shah tidak boleh digunakan bagi sebarang penganjuran program berskala besar buat sementara waktu.
ALOR SETAR: Keputusan pembatalan penggunaan Dewan Mu’adzam Shah, Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi Majlis Graduasi Syarikat Air Darul Aman (SADA) yang berlangsung pada 11 Disember lalu dibuat atas faktor keselamatan dan bukanlah disebabkan perbezaan fahaman politik.
Ringkasan AI
- Keputusan pembatalan penggunaan Dewan Muadzam Shah, UUM bagi Majlis Graduasi SADA disebabkan faktor keselamatan akibat kerosakan struktur bumbung dewan akibat hujan lebat.
- Keputusan tersebut tidak berkaitan dengan perbezaan fahaman politik seperti yang dituduhkan; UUM menawarkan alternatif lokasi serta sokongan kepada penganjuran program tersebut.
- UUM menegaskan keutamaan keselamatan pengunjung serta memastikan setiap fasiliti dalam keadaan selamat, walaupun terdapat perubahan lokasi majlis graduasi.
Ia sekali gus menafikan dakwaan pihak-pihak tertentu yang menyatakan bahawa keputusan berkaitan perubahan lokasi tersebut dibuat dua hari sebelum majlis graduasi berkenaan.
Tambah beliau, keputusan terbabit juga selaras dengan notis edaran kepada semua staf UUM melalui emel pada 7 Mac 2025 bahawa Dewan Mu’adzam Shah, Teater Eksperimen dan Dewan Tan Sri Othman terlibat dengan pelaksanaan projek menaik taraf serta membaik pulih membabitkan penggantian bumbung dan pembaikan infrastruktur sehingga 14 November 2027.
Bagaimanapun, kerja-kerja berkenaan hanya ditangguhkan bagi memberikan laluan kepada penganjuran Majlis Konvokesyen UUM, November lalu.
"Kita daripada awal sebagai contoh pada 1 Disember selepas mendapat pandangan daripada pelbagai pihak termasuk Jabatan Pembangunan sendiri yang menyatakan dewan itu tidak sesuai untuk digunakan atas faktor keselamatan, maka kita telah memberikan beberapa alternatif termasuk mengadakan di hotel EDC, itu adalah maklumat yang kita sampaikan pada 1 Disember kepada pihak penganjur.
"(Atas) sebab itu bagi saya kita telah melakukan yang terbaik untuk membantu dan pihak UUM juga menawarkan pelbagai khidmat bantuan dan pertolongan termasuk Unifilm, termasuklah bantuan daripada agensi atau PTJ dalam UUM bagi melancarkan majlis graduasi tersebut," kata Dr Ahmad Martadha pada sidang media di sini hari ini.
Dalam perkembangan sama, beliau menyatakan UUM sebagai sebuah institusi awam perlu sentiasa mengutamakan keselamatan dan kebajikan pengunjung selain bertanggungjawab untuk memastikan setiap fasiliti berada dalam keadaan selamat sebelum digunakan.
Sehubungan itu, dalam kes berkaitan majlis konvesyen berkenaan keselamatan dan keselesaan keluarga besar SADA yang hadir menjadi pertimbangan utama.
Beliau turut memaklumkan bahawa UUM tetap memberikan sokongan penuh kepada penganjuran program tersebut melalui bantuan dalam menyediakan pinjaman jubah, sebahagian kerusi, serta pelbagai kemudahan lain meskipun berlaku perubahan lokasi majlis.
Pada Khamis, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menzahirkan rasa kesal dengan pihak pengurusan UUM yang didakwa membatalkan penggunaan dewan bagi Majlis Graduasi Syarikat Air Darul Aman (SADA) pada saat akhir.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


