awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis korban pertama AIM di luar Kuala Lumpur

Astro Awani
Astro Awani
11/07/2022
08:42 MYT
Majlis korban pertama AIM di luar Kuala Lumpur
Mohd Ali (kiri) menyampaikan agihan daging korban kepada salah seorang asnaf. - Foto AIM
KUALA LUMPUR: Buat pertama kalinya, Majlis Korban Perdana Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) diadakan di luar Kuala Lumpur.
AIM dalam satu kenyataan memaklumkan majlis tersebut yang diadakan di Masjid As Solihin Permatang Pasir, Melaka turut menyaksikan 10 ekor lembu dikorbankan untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, Timbalan Pengerusi AIM, Mohd Najib Mohd Noor dan dihadiri hampir 200 penduduk setempat dan warga kerja AIM pada Isnin.
“Proses sembelihan yang dibuat bermula jam 10 malam itu diakhiri dengan kerja-kerja memotong, melapah, menimbang, membungkus dan mengagihagihkan daging korban di beberapa pusat agihan di sekitar Kampung Permatang Pasir.
“Majlis Korban Perdana AIM yang diadakan setiap tahun ini, adalah sebagai sebagai sebahagian penghayatan pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS.
“Ia juga adalah tanda kesyukuran AIM dan menunaikan tuntutan untuk berkongsi rezeki dengan golongan yang asnaf yang layak menerimanya,” katanya.
Mohd Ali turut berkesempatan mengagihkan daging korban kepada mereka yang memerlukan.
Majlis tersebut mendapat kerjasama daripada Ahli Jawatankuasa Masjid As Solilihin Kampung Permatang Pasir ini, merupakan majlis korban perdana AIM yang pertama kalinya dibuat di luar Kuala Lumpur dan ia turut diadakan serentak di 11 wilayah AIM di seluruh negara.
Topic Berkaitan
#Amanah Ikhtiar Malaysia
#korban
#Tun Dr Mohd Ali Rustam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan