Majlis makan malam bertemakan Wawasan Kemakmuran Bersama yang dihadiri beberapa pemimpin PKR semalam tidak melanggar disiplin parti, cuma isi kandungan ucapannya dikhuatiri berbaur fitnah, kata Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
"Saya baru tahu semalam tentang perjumpaan Wawasan Kemakmuran Bersama, jadi kita bersangka baik. Barangkali itu pendekatan untuk menerangkan bagaimana mendekatkan jurang ekonomi penduduk bandar dan luar bandar," katanya.
Beliau merujuk kepada majlis makan malam di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam yang dihadiri beberapa pemimpin PKR antaranya Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; dan Naib Presiden Zuraida Kamaruddin.
Program itu berlangsung beberapa jam selepas Mohamed Azmin dan beberapa penyokongnya tidak hadir pada hari terakhir Kongres Nasional PKR di Melaka yang ditutup oleh presiden parti Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Saifuddin Nasution, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, berkata adalah lebih molek ucapan pemimpin parti disampaikan pada sesi penggulungan kongres nasional semalam kerana ia adalah platform terbaik menyuarakan pandangan perwakilan.
BACA: Hanya orang rasa bersalah sebut soal pemecatan - Saifuddin Nasution
BACA: Saya dan Azmin bersedia dipecat - Zuraida
"Tindakan yang kurang manis adalah tidak hadir semasa penggulungan tetapi membuka platform lain untuk menjawab. Sebab itu, dalam kongres hari akhir adalah hari menggulung. Di situlah yang paling manis mana-mana pemimpin diberi peluang untuk membuat penggulungan. Itulah rukun dan tertib dalam mana-mana organisasi yang baik," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di sini hari ini, Saifuddin Nasution berkata anggota parti boleh membuat penilaian sendiri tentang intipati ucapan yang disampaikan pada majlis makan malam itu kerana PKR adalah sebuah parti yang sudah matang.
Ditanya sama ada pemimpin tertentu perlu dipanggil bagi memberi penjelasan atau dikenakan tindakan, Saifuddin Nasution berkata : "Itu terpulang kepada mana-mana anggota, kalau perlu mereka buat, mereka buatlah."
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 09 2019
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna hari ini. - Foto BERNAMA
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
Rai ulang tahun ke-125, alumni Convent Bukit Nanas anjur majlis makan malam 2 November
Sejak pandemik COVID-19 bermula, Persatuan Alumni Convent Bukit Nanas (CBN) memulakan inisiatif memberi sokongan kepada pelajar terkesan dengan melancarkan program bantuan untuk pelajar B40.
HAWANA 2024: 1,000 pengamal media dirai dalam majlis makan malam
Kira-kira 1,000 pengamal media dari dalam dan luar negara diraikan pada majlis makan malam dihoskan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar malam ini.
Agong, Raja Permaisuri hadir makan malam amal sempena Ulang Tahun Ke-75 PBSM
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah berkenan berangkat ke majlis makan malam amal Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.
PM Anwar, isteri hadir Majlis Makan Malam Yayasan Universiti Selangor
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa untuk hadir pada Majlis Makan Malam Yayasan Universiti Selangor (YUSEL) di I-City, malam ini.
Majlis makan malam Wawasan Kemakmuran Bersama tidak langgar disiplin parti PKR
Majlis makan malam bertemakan Wawasan Kemakmuran Bersama yang dihadiri beberapa pemimpin PKR semalam tidak melanggar disiplin parti.
Najib tarik balik saman terhadap Tony Pua
Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata, saman anak guamnya itu ditarik balik tanpa kebebasan untuk memfailkan tindakan yang baharu.
Kedudukan & bisnes bukan lagi fokus, Rabbani sebar misi tanggungjawab sosial
Terkini, Rabbani berbesar hati dapat berganding bahu dengan Maahad Tafaqquh Fiddin (MATAF) menjayakan Majlis Makan Malam yang bermatlamat merealisasikan pembinaan kompleks lebih besar.