awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majoriti kemalangan di LPT2 disebabkan faktor manusia – Lembaga Lebuhraya Malaysia

Astro Publication
Astro Publication
23/06/2015
07:16 MYT
Majoriti kemalangan di LPT2 disebabkan faktor manusia – Lembaga Lebuhraya Malaysia
Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia dipetik Bernama semalam mengatakan yang faktor manusia adalah penyumbang utama kepada kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2).
Mengikut Datuk Ir Ismail Md Salleh, antara sebab-sebabnya adalah memandu ketika mengantuk, memandu laju terutamanya ketika hujan, kecuaian serta gagal mematahi arahan keselamatan. “70% ataupun 238 daripada 339 kemalangan yang berlaku di LPT2 diantara Februari 1 hingga Jun 2 telah disebabkan faktor manusia; 19 peratus atau 65 kes pula adalah akibat haiwan yang menceroboh lebuhraya, dan 11% atau 36 kes kerana kerosakan kenderaan dan pengairan,” kata beliau.
Daripada jumlah kemalangan yang beraku, 10 daripadanya mengakibatkan kehilangan nyawa, 25 kes menyebabkan kecederaan berat, 58 kes mengakibatkan kecederaan kecil dan selebihnya tidak menyebabkan apa-apa kecederaan.
Datuk Ir Ismail turut berkata bahawa keadaa LPT2 secara umumnya berada di dalam keadaan baik. Tetapi ada kawasan yang tidak rata berjaya dikesan, di mana kerja-kerja baik pulih akan dimulakan tidak lama lagi. Bagi mengelakkan pencerobohan haiwan ke atas lebuh raya, antara langkah yang telah diambil adalah untuk menambahkan rondaan oleh pihak pengendali lebuhraya, membaiki pagar yang rosak dan juga memasang papan tanda mengenai risiko haiwan melintas.
Lokasi kawasan-kawasan laluan air, selekoh berbahaya dan permukaan jalan kurang memuaskan juga sudah dikenal pasti. Seterusnya tindakan susulan akan dibuat dengan kerjasama pihak polis, JPJ dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Topic Berkaitan
#
#keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan