awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 100 terkorban dalam serangan kumpulan bersenjata di tengah Nigeria - Sumber
Sri Lanka perkukuh hubungan dengan Malaysia, seru diaspora bantu ekonomi
Satu kluster tibi dikesan di Kota Tinggi, 804 disaring, 33 positif - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Mak pesan jaga adik-beradik' - Remaja 16 tahun tekad tunai amanat arwah ibu

Sinar Harian
Sinar Harian
17/06/2022
23:30 MYT
'Mak pesan jaga adik-beradik' - Remaja 16 tahun tekad tunai amanat arwah ibu
Empat beradik tidak mahu berpisah selepas ibu mereka meninggal dunia, baru-baru ini. - Foto Sinar Harian
MELAKA: Seorang remaja tekad untuk menjaga adik beradiknya walau dalam keadaan apa sekalipun kerana ia amanat daripada ibunya sebelum meninggal dunia, tiga hari lalu.
Remaja lelaki berusia 16 tahun itu berkata, sebagai anak lelaki yang tua dia akan menjadi pelindung kepada kakaknya yang berusia 17 tahun serta dua adik lelakinya masing-masing berusia 10 dan enam tahun selepas ibu mereka meninggal dunia pada usia 38 tahun akibat penyakit buah pinggang.
"Sebelum mak meninggal dunia, dia pesan supaya saya menjaga adik beradik walau apapun berlaku.
"Arwah mak tidak mahu kami berpisah walaupun kehidupan menjadi susah selepas dia meninggal dunia," katanya yang merupakan anak kedua.
Menurut remaja itu, dia dan adik beradiknya kini menumpang kasih dan berteduh di rumah nenek mereka.
"Ayah sedang ditahan di penjara. Selepas mak meninggal dunia, saya akan melindungi keluarga ini.
"Kakak akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini manakala dua lagi adik saya perlu diberi perhatian kerana ada masalah jantung dan pernah menjalani pembedahan," katanya ketika menerima kunjungan Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan, Datuk Kalsom Nordin, di Taman Rambai Utama, pada Jumaat.
Nenek remaja berkenaan yang berusia 76 tahun pula berkata, semua cucunya akan tinggal bersamanya selagi dia ada hayat.
Sementara itu Kalsom berkata, pihaknya akan menyokong permohonan Bantuan Kanak-Kanak berjumlah RM600 sebulan bagi meringankan beban keluarga itu.
"Dalam lawatan ini saya menyampaikan sumbangan Tabung Bantuan Segera sebanyak RM300 dan akan mempertimbangkan bantuan bulanan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)," katanya.
*Berita asal disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#remaja 16 tahun
#remaja tekad jaga adik
#Kalsom Nordin
#tinggal dengan nenek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan