awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
Penerbangan di lapangan terbang Berlin digantung akibat ais hitam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maklumat pemulihan bekalan air di akhbar esok

Bernama
Bernama
14/01/2013
10:39 MYT
Maklumat pemulihan bekalan air di akhbar esok
Kerajaan Selangor akan menyiarkan maklumat terkini mengenai usaha yang dilakukan untuk memulihkan bekalan air di Lembah Klang, melalui beberapa akhbar utama pelbagai bahasa, mulai esok.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor di sini hari ini, maklumat berkenaan termasuklah hasil pemantauan dan pertemuan harian Jawatankuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), pihak berkuasa tempatan dan pihak lain yang terlibat.
"Maklumat berkenaan bagi membolehkan orang ramai mengetahui perkembangan terkini membabitkan usaha yang dilakukan untuk memulihkan bekalan air kepada lebih 28,000 pengguna di Selangor," menurut kenyataan itu.
Langkah berkenaan adalah bagi memastikan semua pihak yang terbabit dengan masalah itu bekerjasama dalam memastikan bekalan air kembali pulih demi menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat.
Topic Berkaitan
#akhbar utama
#Kerajaan Selangor
#masalah air
#SYABAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan