SAN FRANCISCO: Maklumat yang salah dan palsu yang memudaratkan merupakan krisis semakin meningkat yang mencapai titik kritikal, menandakan keperluan segera untuk campur tangan kerajaan dan kerjasama antarabangsa bagi mengekang keadaan itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau menyeru syarikat teknologi, khususnya yang telah berkembang maju di Lembah Silikon, menjalankan tanggungjawab penting sebagai penjaga komunikasi moden.
"Mereka ditugaskan dengan dasar pelaksanaan yang menentang maklumat salah dan maklumat palsu sambil menegakkan hak kebebasan bersuara," kata beliau pada syarahan khas bertajuk "Super Power Rivalry and Rising Tensions in the Asia Pacific," di University of California di sini pada Rabu.
Kawasan Teluk San Francisco menempatkan banyak syarikat Fortune 500 terbesar di dunia seperti Tesla, Uber, Salesforce, Pixar, Netflix, Lucasfilm Ltd, Levi Strauss dan beberapa firma paling inovatif dalam pembangunan AI (kecerdasan buatan), bioteknologi, perisian, teknologi bersih dan media sosial.
Anwar yang berada di sini untuk menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2023 berkata adalah penting untuk melaksanakan penyelesaian teknologi termaju dan penyederhanaan kandungan manusia yang kukuh berdasarkan konteks tempatan.
"Langkah ini dan komitmen terhadap ketelusan dan akauntabiliti adalah penting untuk platform ini berfungsi sebagai saluran untuk dialog yang membina dan bukannya saluran untuk penipuan dan manipulasi.
"Ketika kita menghadapi cabaran yang belum pernah berlaku ini, marilah kita menghadapinya sebagai seruan yang jelas untuk memperkukuh dan meremajakan institusi demokratik untuk era digital," kata Anwar di hadapan lebih 250 pelajar.
Anwar berkata inilah masanya untuk menjalin perkongsian yang lebih kukuh dan memanfaatkan inovasi yang dapat melindungi masyarakat dan struktur kehidupan kolektif.
"Demokrasi, walaupun ada kelemahan, kekal sebagai harapan terbaik dan ketahanannya bergantung kepada kewaspadaan dan penambahbaikan berterusan, selari dengan dedikasi mereka yang mendahului kita," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 15 2023
Anwar menyeru syarikat teknologi, khususnya yang telah berkembang maju di Lembah Silikon, menjalankan tanggungjawab penting sebagai penjaga komunikasi moden. - Foto BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Kerajaan Australia batal cadangan undang-undang kawal maklumat salah
Kerajaan Australia secara rasmi menolak cadangan undang-undang yang akan mewajibkan syarikat media sosial untuk mengawal maklumat salah dan palsu di platform mereka.
Perhebat kembali pesanan awam, tangani maklumat salah vaksin COVID-19
Lebih tujuh bulan selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan COVID-19 bukan lagi kecemasan kesihatan awam yang menjadi kepentingan antarabangsa, walaupun kekal sebagai ancaman global, Mala
Kemasukan J-KOM perkukuh usaha kementerian sebar inisiatif kerajaan, perangi maklumat salah - Teo
Kemasukan J-KOM di bawah Kementerian Komunikasi akan memperkukuhkan lagi usaha kementerian untuk mempromosikan inisiatif kerajaan dan memerangi salah maklumat.
Maklumat salah krisis yang semakin meningkat - Anwar
Maklumat yang salah dan palsu yang memudaratkan merupakan krisis semakin meningkat yang mencapai titik kritikal, menandakan keperluan segera untuk campur tangan kerajaan dan kerjasama antarabangsa bag
Perangi antivaksin, dapatkan pempengaruh galakkan vaksinasi - Pakar psikologi
Pengarah Penyelidikan dan Advokasi SOLS Health-Thrive Well, Dr Arman Rashid berkata kita perlu bertutur dalam bahasa yang sama dengan antivaksin dalam mendekati masyarakat yang lebih luas.
Dakwaan Audrey Teh tidak benar sama sekali - KP Kesihatan
Menurut Dr Noor Hisham, Malaysia menyediakan rawatan kesihatan yang disubsidi tinggi bagi semua penduduk menerusi rangkaian besar hospital dan kliniknya.
Hanya ada satu perasmian Kongres AMK, jangan kelirukan akar umbi - Syed Badli
Beliau menasihatkan mereka agar meninggalkan PKR sekiranya mahu meneruskan perbuatan yang dianggap "melanggar saluran rasmi parti" itu.
Gobind puji sokongan Facebook tangani maklumat salah, palsu
Kerajaan menyedari bahawa penyedia media sosial telah melakukan banyak kerja pada kandungan yang dijana pengguna (UGC) untuk menentang pornografi kanak-kanak, keganasan dan ucapan kebencian.