KUALA LUMPUR: Malakoff Corporation Berhad komited untuk memberi penumpuan kepada penjanaan tenaga yang lebih lestari dengan melibatkan komuniti untuk menjayakan matlamat itu.
Baru-baru ini, syarikat pengeluar tenaga dan peneraju pengurusan sisa tersebut melancarkan inisiatif penjenamaan semula yang turut merangkumi usaha memperkasa masyarakat supaya objektif kelestarian dapat dijayakan secara menyeluruh.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff Corporation Berhad, Anwar Syahrin Abdul Ajib berkata di samping menjalankan program-program kebajikan, turut digerakkan program pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang melibatkan penyertaan masyarakat setempat sebagai cara mendidik mereka tentang kepentingan amalan lestari demi kehidupan yang sejahtera.
“Banyak manfaat diterima masyarakat, antaranya kami menaik taraf infrastruktur sekolah di sekitar kawasan kami beroperasi serta penyerahan sumbangan barang keperluan, program kelas tambahan kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan, juga program iftar di bulan Ramadan.
“Dari segi alam sekitar, antaranya kami menjalankan program ‘Save Our Sea’ untuk pastikan ekosistem marin sekitar kawasan kami beroperasi dijaga dan tidak terjejas, aktiviti penanaman pokok dan sebagainya,” maklumnya dalam program Niaga AWANI.
Menerusi anak syarikatnya iaitu Alam Flora pula, Malakoff melaksanakan program ‘3R’ di mana barang-barang yang boleh dikitar dan digunakan semula diasingkan, dengan itu pembaziran serta jumlah sampah yang dihantar ke tapak pelupusan dapat dikurangkan.
Sudah pasti, perniagaan utama Malakoff terus diperkasakan dengan kerangka dan gerak kerja yang diberi nafas baharu apabila diperkenalkan dengan entiti ‘Malakoff Green Solutions’ yang memberi fokus kepada usaha penjanaan tenaga boleh diperbaharui di samping inisiatif kelestarian dalam segenap sektor perniagaan syarikat tersebut.
“Pada awal 2021, tenaga solar yang kami hasilkan hanya 20 megawatt tapi hari ini melalui projek ‘rooftop solar’ serta projek solar berskala besar, kami berupaya menjana hingga lebih kurang 65 megawatt.
“Selain itu kami telah memuktamadkan perolehan projek mini janakuasa hidroelektrik dianggar bernilai RM975 juta yang bakal menjana tenaga sehingga 84 megawatt.
“Perniagaan sedia ada diteruskan namun fokus utama adalah untuk beralih kepada tenaga boleh diperbaharui untuk mengurangkan jejak karbon,” jelasnya.
Untuk menjayakan segala matlamat yang digariskan, Anwar turut memaklumkan bahawa mereka sedang mencari lebih ramai tenaga kerja yang mempunyai latar belakang pendidikan dan pengalaman berkenaan tenaga boleh diperbaharui.
"Malakoff berhasrat untuk menjadi peneraju inisiatif ESG (alam sekitar, sosial dan tadbir urus) di negara ini dan sudah pasti ianya takkan dapat dicapai tanpa kerjasama dengan pelbagai pihak,” katanya.
Israr Khalid
Fri Jul 14 2023
Entiti Malakoff Green Solutions diperkenalkan untuk memberi fokus kepada usaha penjanaan tenaga boleh diperbaharui di samping inisiatif kelestarian dalam segenap sektor perniagaan syarikat tersebut.
Presiden Kazakhstan nyatakan kesediaan tingkatkan interaksi, kerjasama dengan Malaysia
Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev menyatakan kesediaan negaranya untuk meningkatkan interaksi dan kerjasama dengan Malaysia semasa lawatan rasmi Perdana Menteri ke ibu negara Astana.
Reddit, OpenAI umum kerjasama, kandungan akan diintegrasikan dalam ChatGPT
Dalam pengumuman kerjasama ini, Reddit menjelaskan yang data-data dan kandungan merekan akan diintegrasikan ke dalam ChatGPT. Dengan
[TERKINI] Serang balai polis: Dua polis maut, seorang cedera ditembak dan ditetak
Dalam serangan awal pagi Jumaat di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru, dua anggota polis telah maut manakala seorang lagi cedera akibat ditembak dan ditetak oleh seorang lelaki yang disyaki. Suspek turut maut dalam kejadian jam 2.54 pagi tersebut. Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar, mengesahkan insiden itu. Anggota polis yang cedera dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk rawatan lanjut, sementara yang maut dibawa untuk proses bedah siasat. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, sedang dalam perjalanan ke lokasi kejadian.
Selepas 16 tahun, Onew bakal ke Malaysia 27 Julai
Pementasan Guess! Onew Fanmeeting 2024 In Malaysia akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.
Inflasi keseluruhan dijangka kekal sederhana pada 2.0-3.5 peratus tahun ini - BNM
Inflasi keseluruhan dan inflasi teras dijangka kekal sederhana tahun ini, masing-masing antara 2.0 peratus hingga 3.5 peratus dan antara 2.0 peratus hingga 3.0 peratus pada 2024.
Hari Guru: Tablet percuma untuk murid dan guru - Zahid
Ahmad Zahid berkata bajet pada tahun hadapan akan ditambah untuk pembelian perkakasan bagi melaksanakan kaedah pembelajaran melalui sistem digital.
4 lagi wartawan terbunuh dalam serangan Israel di Gaza
Empat lagi wartawan Palestin terbunuh dalam serangan terbaru Israel di Gaza menjadikan jumlah korban pengamal media kepada 147 orang.
Majikan tipu pekerja asing di Pengerang gagal bayar tunggakan gaji, berdepan pendakwaan
Majikan yang didakwa melakukan penipuan terhadap pekerja asing di Pengerang, Johor, didapati masih tidak membuat sebarang pembayaran gaji.
MediaTek umum cip Dimensity 8250 dengan teknologi 4nm
Dimensity 8250 dilengkapi lapan teras CPU dengan konfigurasi 1 x Arm Cortex-A78 3.1GHz, 3 x Arm Cortex-A78 3.0GHz dan 4 x Arm Cortex-A55 2.0GHz.
Xi, Putin hadir rasmikan Tahun Budaya China-Rusia
Xi berkata hubungan China-Rusia dalam tiga perempat abad lalu memperlihatkan pengukuhan dan pengembangan persahabatan sesama jiran.
Malakoff muktamad pembiayaan 3 loji kuasa hidro di Kelantan
Malakoff Corporation Bhd telah memuktamadkan pembiayaan bagi pembangunan tiga loji kuasa hidro kecil (SHP) yang melalui anak-anak sungai di sepanjang Sungai Galas di Kuala Krai, Kelantan.
Malakoff didik masyarakat perkasa kelestarian alam sekitar
Inisiatif penjenamaan semula Malakoff merangkumi usaha memperkasa masyarakat supaya objektif kelestarian dapat dijayakan secara menyeluruh.
Malakoff catat untung bersih suku pertama lebih rendah, hasil meningkat
Malakoff mencatat perolehan hasil dan keuntungan sebelum cukai lebih tinggi masing-masing pada RM1.88 bilion dan RM98.18 juta bagi suku terbabit.
Malakoff nafi premis ditutup akibat COVID-19
Jurucakap Malakoff Corporation Berhad ketika dihubungi menjelaskan bahawa dakwaan bangunan itu ditutup dan pekerja mereka dikuarantin adalah palsu.
Penguasaan pasaran kapasiti penjanaan bersih Malakoff meningkat
Kejayaan permulaan operasi loji Janakuasa Tanjung Bin Energy (TBE), bakal meningkatkan penguasaan pasaran Malakoff Corporation Berhad ke atas kapasiti penjanaan di Semenanjung Malaysia.