KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines telah mengemas kini nasihat perjalanannya untuk penumpang yang menuju ke Langkawi, sejajar dengan syarat perjalanan terkini oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
Malaysia Airlines berkata di bawah program gelembung perjalanan yang diumumkan sebelum ini, hanya pelancong yang telah mendapat vaksinasi sepenuhnya kecuali mereka yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) boleh melakukan perjalanan ke Langkawi manakala tanggungan atau kanak-kanak di bawah 18 tahun yang belum mendapat vaksinasi mereka perlu ditemani oleh ibu bapa atau penjaga untuk masuk ke Langkawi.
Bagaimanapun, semalam KKM telah mewajibkan penumpang berusia tujuh tahun ke atas untuk menjalani ujian COVID-19 (RT-PCR atau RTK-Antigen) sebelum berlepas.
Kebenaran untuk melakukan perjalanan akan bergantung kepada penilaian risiko yang termasuk status vaksinasi penumpang dan keputusan ujian COVID-19.
"Ujian RT PCR atau RTK Antigen boleh dilakukan di mana-mana kemudahan kesihatan atau makmal swasta dalam tempoh 48 jam sebelum berlepas dan sijil ujian dengan keputusan negatif perlu ditunjukkan di kaunter daftar masuk syarikat penerbangan," menurut syarikat penerbangan itu dalam kenyataan pada Rabu.
Sebagai alternatif, pelanggan boleh membeli kit ujian kendiri yang menggunakan sampel air liur mereka sendiri dan menjalani ujian di Anjung Tinjau, Aras 5, KLIA.
Kit ujian tersebut juga boleh dibeli melalui penyedia perkhidmatan swasta di Anjung Tinjau.
Pegawai KKM akan mengeluarkan slip selepas selesai ujian itu dan penumpang diminta untuk menunjukkan slip tersebut di kaunter daftar masuk, menurut syarikat penerbangan itu.
"Bagaimanapun, kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah perlu menjalani penilaian kesihatan di Anjung Tinjau, Aras 5 di KLIA dengan mengambil kira keupayaan mereka untuk mengeluarkan air liur.
"Kategori penumpang ini perlu melakukan perjalanan dengan ibu bapa atau penjaga yang sah yang telah mendapat vaksinasi sepenuhnya, keputusan ujian negatif untuk COVID-19 dan bukan kontak rapat dengan kes positif," katanya.
Penumpang yang melakukan perjalanan ke Langkawi untuk tujuan lain selain pelancongan masih perlu menunjukkan permit polis semasa mereka memasuki terminal dan di kaunter daftar masuk.
Mereka perlu menyimpan semua dokumen yang berkaitan (slip dan sijil) untuk pengesahan semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
Maklumat lanjut mengenai nasihat terkini boleh didapati di https://www.malaysiaairlines.com/mhapp/hq/en/important-notice/malaysia/langkawi.html.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 15 2021
Penumpang yang melakukan perjalanan ke Langkawi untuk tujuan lain selain pelancongan masih perlu menunjukkan permit polis semasa mereka memasuki terminal dan di kaunter daftar masuk. - Gambar fail
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
Mengenang Ananda | Nilai Filantropi: Merealisasikan impian yang memerlukan
Bukan hanya bergelar hartawan, mendiang Ananda Krishnan terkenal dengan sikap dermawan, menyediakan pelbagai jenis biasiswa dan tajaan terutama dalam bidang pendidikan. Mendiang menubuhkan pelbagai badan kebajikan yang memfokuskan pembangunan pendidikan dan modal insan.
Mengenang Ananda | Legasi perniagaan: Merentas pelbagai sektor industri
Pemergian Ananda Krishnan meninggalkan legasi perniagaan yang membanggakan Malaysia. Individu berwawasan tinggi ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pembinaan KLCC, penubuhan Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat.
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
Lelaki sempat jerit minta tolong sebelum dibaham buaya
Mangsa berusia 28 tahun disambar reptilia itu ketika melalui jambatan kayu di kawasan setinggan tersebut.
Bekas pemain bola sepak Manchester City sah Presiden Georgia
Mikheil Kavelashvili dilantik sebagai Presiden oleh Parlimen Georgia selepas 16 hari protes melanda pekan dan bandar negara berkenaan.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
INNOMed lonjak Malaysia sebagai hab peranti perubatan - KP Kesihatan
Kerjasama awam-swasta melalui inisiatif INNOMed berpotensi mencipta asas ekosistem inovasi yang kukuh dalam penjagaan kesihatan sekali gus memberi manfaat kepada setiap lapisan masyarakat.
JPS terus pantau lembangan sungai di Kelantan berisiko banjir
JPS Kelantan akan membuat pemantauan berterusan dan mengemas kini hebahan amaran banjir sekiranya hujan yang signifikan berterusan di lembangan sungai utama negeri ini.
KPT gerakkan 558 sukarelawan MASKUM ke Kelantan bagi misi bantuan pascabanjir
Sebanyak 558 ahli Majlis Kesukarelawanan Universiti Malaysia (MASKUM) ditempatkan di Kelantan selama tiga hari hingga esok bagi membantu penduduk terjejas banjir.
Banjir: Sektor pertanian di Kelantan kerugian mencecah RM10 juta - KADA
Sektor pertanian di negeri Kelantan dianggarkan mengalami kerugian mencecah RM10 juta termasuk kerosakan infrastruktur, susulan banjir gelombang fasa pertama yang berlaku pada akhir bulan lepas.
Banjir: Kerosakan premis, peralatan PDRM di Kelantan dianggar RM1.55 juta
Kerosakan akibat banjir membabitkan bangunan, kenderaan serta peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan dianggar bernilai RM1.55 juta.
Berhibur di Golok: Tiga anggota polis akan ditukarkan - KPN
Tiga anggota polis yang dikesan melakukan aktiviti salah laku dengan mengunjungi pusat hiburan di Golok, Thailand akan ditukarkan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Tengkujuh: Pasangan suami isteri raih pendapatan lumayan dengan menjual ubi kayu
Pasangan suami isteri tidak menjangka percubaan menjual ubi kayu pada musim tengkujuh di Kelantan ketika ini memberi pendapatan lumayan.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Polis tahan tiga lelaki, rampas dadah lebih RM200,000
Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah, dan merampas heroin serta ganja bernilai lebih RM200,000 dalam tiga serbuan di sini baru-baru ini.