KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines Bhd telah melancarkan platform Keupayaan Pengedaran Baharu (NDC), MHplus, secara global untuk meningkatkan daya komunikasi dan kerjasama yang lebih erat antara syarikat penerbangan itu dengan rakan dagangnya dalam pasaran utama.
Syarikat penerbangan itu melalui satu kenyataan pada Isnin berkata, MHplus akan tersedia dalam enam negara seperti Malaysia, Indonesia, India, Australia, Singapura dan United Kingdom, berkuat kuasa 23 Jan 2024.
Ketua Pegawai Eksekutif untuk Syarikat Penerbangan Malaysia Aviation Group (MAG), Ahmad Luqman Mohd Azmi memberitahu, sejak penubuhan MHplus, rakan kongsi perintisnya telah menikmati akses tanpa had kepada semua kandungan dalam saluran pengedaran yang tersedia melalui saluran peruncitan moden MHplus.
"Ini bukan sahaja memperkasakan mereka dengan tawaran yang diperibadikan dan dibuat khusus tetapi juga mampu memastikan pengalaman tempahan yang lancar untuk semua yang terlibat.
"Kami teruja untuk mengembangkan capaian serta keupayaan MHplus, dengan memastikan peluang yang sama kepada rakan kongsi kami di seluruh pasaran utama kami," katanya.
Sementara itu, dengan permulaan pelancaran globalnya, Malaysia Airlines berkata, sebahagian besar daripada kandungan sedia ada akan disediakan secara eksklusif kepada peruncit pelancongan dan Perbadanan Pengurusan Perjalanan (TMC) yang menggunakan MHplus, memastikan proses penghantaran yang diperkemas merentas rantaian pengedaran industri pelancongan.
Ia menambah bahawa ejen yang mendaftar dengan MHplus turut menikmati faedah seperti akses kepada semua kandungan pengedaran, tawaran yang dipertingkatkan seperti elaun bagasi percuma 10kg dengan 'Lite Fare' syarikat penerbangan itu, tambang yang sangat kompetitif termasuk komisen yang layak untuk produk sampingan dan banyak lagi.
NDC ialah program yang disokong industri pelancongan oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), yang membolehkan syarikat penerbangan memodenkan kaedah mereka menjual produk kepada ejen pelancongan dan pengembara. - BERNAMA
Bernama
Mon Jan 22 2024
MHplus akan tersedia dalam enam negara seperti Malaysia, Indonesia, India, Australia, Singapura dan United Kingdom, berkuat kuasa 23 Jan 2024. - Gambar malaysiaairlines.com
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
Lima lagi lebuh raya setuju laksana SPT September ini
Enam lagi lebuh raya bersetuju melaksanakan Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) bermula September ini.
Lawrence Wong terima ucapan tahniah pemimpin dunia
Wong menyatakan harapan agar dapat menjalinkan kerjasama bagi meningkatkan kerjasama dua hala dan serantau.
Anwar mulakan lawatan rasmi ke Kazakhstan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan rasmi dua hari ke Kazakhstan dengan mengunjungi Masjid Besar Astana yang terletak di sepanjang Laluan Sutera di Astana.
Pelancong Jerman lemas di Pulau Perhentian
Insiden berlaku ketika Dr Loosen- Freiling Iris, 74, mandi bersama suaminya di pulau peranginan itu pada kira-kira 3.30 petang Khamis.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dua beregu negara mara ke suku akhir Terbuka Thailand
Dua beregu lelaki negara mara ke suku akhir Terbuka Thailand 2024 selepas memenangi perlawanan pusingan kedua masing-masing yang berlangsung di Stadium Nimibutr di sini hari ini.
Permintaan penumpang global naik 13.8 peratus pada Mac 2024 - IATA
Jumlah permintaan penumpang global, diukur dalam hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK), meningkat 13.8 peratus pada Mac 2024 berbanding Mac 2023.
Kargo udara global catat pertumbuhan berganda pada Mac - IATA
Industri kargo udara global mencatatkan 23.1 bilion tan kargo kilometer (CTK) pada Mac, mewakili pertumbuhan 10.3 peratus dari tahun ke tahun, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
MAVCOM akan kemukakan pindaan ke atas levi karbon untuk diwartakan akhir April
MAVCOM akan mengemukakan pindaan kepada Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC) berkaitan levi karbon untuk diwartakan menjelang akhir April 2024.
Permintaan penumpang udara global meningkat 21.5 peratus pada Februari - IATA
Jumlah kapasiti menokok 18.7 peratus tahun ke tahun manakala faktor muatan adalah 80.6 peratus.
IATA alu-alukan caj PSC baharu, perkhidmatan perlu sepadan
Goh berkata ketelusan diperlukan mengenai cara kos dapat diperoleh semula daripada pengguna lapangan terbang secara adil.
Permintaan penumpang udara global meningkat pada 2024 - IATA
IATA berkata permintaan antarabangsa melonjak 20.8 peratus manakala permintaan domestik naik 10.4 peratus.
Permintaan kargo udara global kembali pulih pada 2023 - IATA
Pasaran pengangkutan udara global menunjukkan permintaan kargo udara kembali pulih pada 2023 dengan prestasi suku keempat yang kukuh.
Malaysia Airlines lancar MHplus secara global untuk tingkat perkongsian pasaran utama
MHplus akan tersedia dalam enam negara seperti Malaysia, Indonesia, India, Australia, Singapura dan United Kingdom, berkuat kuasa 23 Jan 2024.
Perjalanan udara pada November 2023 cecah 99 peratus daripada paras 2019 - IATA
Jumlah trafik udara meningkat 29.7 peratus tahun ke tahun pada November 2023.
Permintaan kargo udara global melonjak 8.3 peratus pada November - IATA
Permintaan kargo udara global melonjak 8.3 peratus pada November 2023 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya, manakala pertumbuhan permintaan untuk operasi antarabangsa berada pada 8.1 peratus.