awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam mulakan pembinaan stadium terbesar dunia
Protes pertama pembinaan pusat data, penduduk di Gelang Patah dakwa berlaku pencemaran
Lelaki ditahan pukul, ugut warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia Airlines sambung semula penerbangan ke London

Bernama
Bernama
22/03/2025
02:55 MYT
Malaysia Airlines sambung semula penerbangan ke London
Penerbangan yang beroperasi mengikut jadual ialah MH4 (Kuala Lumpur ke Heathrow London) dan MH1 (Heathrow London ke Kuala Lumpur). - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines akan menyambung semula operasi penerbangan ke dan dari Lapangan Terbang Heathrow, London hari ini.
Menurut syarikat penerbangan itu dalam catatan di laman X, penerbangan yang beroperasi mengikut jadual ialah MH4 (Kuala Lumpur ke Heathrow London) dan MH1 (Heathrow London ke Kuala Lumpur).
Malaysia Airlines menasihatkan penumpang untuk mengemas kini maklumat hubungan mereka di bahagian 'My Booking' di laman web atau aplikasi mudah alih untuk menerima makluman penting dengan segera.
Lapangan terbang itu ditutup pada Jumaat selepas berlaku kebakaran di sebuah stesen janakuasa elektrik berhampiran menyebabkan bekalan elektrik terputus.
Menurut laporan berita, lebih 1,300 penerbangan, termasuk empat penerbangan Malaysia Airlines, terjejas akibat penutupan tersebut, menyaksikan penerbangan dialihkan atau kembali ke destinasi asal mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia Airlines
#kebakaran
#Lapangan Terbang Heathrow
#sambung semula
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan