awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peruntukan tambahan bayaran balik RM4 bilion selesai diproses dan dikreditkan - LHDN
Polis tahan sembilan individu disyaki terlibat kes gaduh berkumpulan di Port Dickson
[TERKINI] Pas sedia terajui PN, tidak anggotai Exco MB Perlis - Takiyuddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia Airports buat laporan polis susulan gangguan sistem KLIA

Bernama
Bernama
27/08/2019
07:04 MYT
Malaysia Airports buat laporan polis susulan gangguan sistem KLIA
Gangguan sistem di KLIA baru-baru ini telah menjejaskan fungsi utama seperti sambungan WiFi, sistem paparan maklumat penerbangan, kaunter daftar masuk dan sistem pengendalian bagasi. - Gambar BERNAMA
Pengendali lapangan terbang, Malaysia Airports telah membuat satu laporan polis berhubung masalah gangguan sistem yang melanda Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ketua Polis Daerah KLIA, ACP Zulkifli Adamsah mengesahkan pihaknya menerima laporan itu yang dibuat oleh seorang pengurus kanan bahagian teknologi maklumat Malaysia Airports hari ini, Selasa (27 Ogos).
Polis akan menjalankan siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, katanya, di sini hari ini.
Seksyen 427 Kanun Keseksaan merujuk kepada perbuatan khianat dan memperuntukkan hukuman penjara minimum satu tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports, Raja Azmi Raja Nazuddin dalam kenyataannya semalam (Isnin) tidak menolak kemungkinan kegagalan rangkaian di KLIA mulai Rabu lalu disebabkan perbuatan berniat jahat.
Malaysia Airports pada Jumaat lepas berkata kegagalan rangkaian dikenal pasti sebagai punca gangguan sistem di KLIA, yang menyebabkan kelewatan penerbangan, penumpang beratur panjang dan pengembara kecewa, serta telah mengambil langkah untuk menggantikan peralatan rangkaian.
Gangguan sistem telah menjejaskan fungsi utama seperti sambungan WiFi, sistem paparan maklumat penerbangan, kaunter daftar masuk dan sistem pengendalian bagasi.
Menurut Zulkifli, tiada bahan bukti diserahkan kepada polis semasa laporan dibuat. - BERNAMA
BACA: Gangguan sistem KLIA: MAHB tidak tolak wujud unsur berniat jahat
Topic Berkaitan
#gangguan sistem
#KLIA
#laporan polis
#Malaysia Airpor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan