Malaysia akan terus memohon kerajaan Arab Saudi untuk menambah kuota haji bagi musim depan apabila pembinaan di kawasan luar Masjidil Haram siap sepenuhnya, kata Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, isu tambahan kuota haji termasuk tragedi kren tumbang dan rempuhan pada musim haji lepas, akan dibincangkan pada Mesyuarat Menteri-menteri Haji dan Wakaf akan datang.
Menurutnya, jumlah kuota jemaah haji negara akan kembali ke tahap asal sebanyak 28,000 daripada 22,320 ketika ini sekiranya projek pembinaan kawasan luaran Masjidil Haram siap sepenuhnya.
"Kerajaan Arab Saudi sudah memberikan isyarat kepada Malaysia dan jemaah seluruh dunia, jika siap pembinaan, usaha penambahan (kuota), kita akan pohon kerajaan Arab Saudi," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penyampaian Bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan secara tunai, hari ini.
Mengulas mengenai tragedi kren tumbang dan insiden rempuhan pada musim haji tahun ini, Jamil Khir berkata, perkara itu adalah di luar jangkaan dan pengurusan manusia.
"Kita kena akui, dari tahun ke tahun kerajaan Arab Saudi berusaha meningkatkan kemudahan dan kita juga memahami tragedi seperti ini di luar jangkaan, tetapi usaha-usaha lebih ketat mengawal pergerakan dan keselamatan akan terus dilakukan (oleh kerajaan Arab Saudi)," katanya.
Terdahulu, sebanyak 426 nelayan sekitar Yan menerima elaun sara hidup sebanyak RM125,800 atau antara RM200 hingga RM300 setiap seorang manakala empat nelayan menerima bantuan Program Pembasmian Kemiskinan Nelayan.
Beliau berkata, beberapa usul dibangkitkan Persatuan Nelayan Daerah Yan termasuk cadangan pembinaan tukun tiruan bagi menambah bilangan ikan di kawasan perairan Yan, akan dibincangkan dengan pihak atasan.
Turut hadir pada majlis itu, Pengarah LKIM Kedah Baharudin Kadri, Pengerusi Persatuan Nelayan Daerah Yan Saidin Kassim, dan Pegawai Daerah Yan Mohd Yusri Md Daud.
Bernama
Sun Oct 18 2015
JAMIL: Isu tambahan kuota haji termasuk tragedi kren tumbang dan rempuhan pada musim haji lepas, akan dibincangkan pada Mesyuarat Menteri-menteri Haji dan Wakaf akan datang. - Foto BERNAMA
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Mesyuarat pertama SMCC bukti hubungan kukuh Malaysia-Arab Saudi
SMCC merupakan mekanisme dua hala yang ditubuhkan untuk mempromosikan kerjasama dan berfungsi sebagai badan penyelaras antara kedua-dua negara.
Malaysia, Arab Saudi terus perkukuh hubungan melalui pemeteraian dua MoU
Kedua-dua MoU ditandatangani oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan di ibu pejabat Kementerian Luar Arab Saudi di sini.
Menteri Luar Mohamad tiba di Riyadh untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi
Pesawat yang membawa Mohamad mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid pada 11.35 pagi waktu tempatan.
Arab Saudi siap sedia untuk Piala Dunia FIFA 2034 - Benzema
Karim Benzema yang kini bermain untuk Al-Ittihad, yakin Arab Saudi mampu menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034' berdasarkan persediaan yang sedang dilakukan.
RM3.1 bilion ditawarkan andai Mike Tyson mampu tumbangkan Jake Paul
Walaupun tewas di tangan Jake Paul dalam aksi yang lalu, namun ia bukanlah pengakhiran buat Mike Tyson untuk terus berada di atas gelanggang.
Arab Saudi henti perjanjian pertahanan dengan AS - Laporan
Riyadh kini menumpukan perhatian pada perjanjian kerjasama ketenteraan yang lebih sederhana.
PM Anwar ucap penghargaan kepada Arab Saudi
Pertemuan dengan Mohammed memberi ruang kepada dua pemimpin itu menyentuh pelbagai aspek hubungan Malaysia-Arab Saudi, khususnya perdagangan dan pelaburan.
PM dijadual bertemu pemimpin Lubnan, Kuwait di Riyadh
PM dijadual bertemu pemimpin Lubnan, Kuwait di Riyadh
Arab Saudi anjur Sidang Kemuncak Arab-Islam tangani pencerobohan Israel di Palestin, Lubnan
Keganasan di Palestin dan Lubnan, termasuk pencerobohan kejam Israel, telah memaksa pemimpin Arab dan Islam untuk mengambil tindakan segera.