awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia alu-alukan penganjuran CHOGM ke-27 pada Okt, sahkan komitmen - Wisma Putra

Bernama
Bernama
11/03/2024
07:26 MYT
Malaysia alu-alukan penganjuran CHOGM ke-27 pada Okt, sahkan komitmen - Wisma Putra
Kementerian Luar berkata bahawa Malaysia akan membaharui komitmennya kepada Komanwel pada Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) ke-27 di Apia, Samoa, Oktober ini. -Gambar fail/Wikipedia
KUALA LUMPUR: Kementerian Luar pada Isnin (11 Mac), berkata bahawa Malaysia akan membaharui komitmennya kepada Komanwel pada Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) ke-27 di Apia, Samoa, Oktober ini.
Dalam kenyataan, kementerian berkata Malaysia komited untuk terus bekerjasama dengan Negara-Negara Ahli Komanwel lain dalam bidang-bidang keutamaan, termasuk tadbir urus yang baik, diplomasi kesihatan, pencegahan ekstremisme dan keganasan, pembangunan lestari, pemerkasaan wanita dan belia, perdagangan dan isu-isu alam sekitar.
Kenyataan itu dikeluarkan bersempena dengan Hari Komanwel 2024 yang disambut pada hari Isnin minggu kedua bulan Mac setiap tahun bagi meraikan jalinan dan ikatan persahabatan serta sumbangan Komanwel ke arah keamanan dan keharmonian sejagat.
Tema Hari Komanwel pada tahun ini ialah "One Resilient Common Future: Transforming Our Common Wealth," menurut Wisma Putra.
"Ini merupakan tonggak penting dalam memastikan Komanwel kekal relevan untuk masa depan yang sama, iaitu tiada siapa yang ketinggalan," menurutnya.
Malaysia menyertai Komanwel selepas mencapai kemerdekaan pada 1957.
Pertubuhan Komanwel terdiri daripada 56 Negara Ahli yang dahulunya merupakan sebahagian daripada Empayar British.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Luar
#Wisma Putra
#CHOGM
#Apia Samoa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan