awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia anjur semakan misi khidmat nasihat keselamatan nuklear antarabangsa bulan depan

Bernama
Bernama
27/09/2022
21:00 MYT
Malaysia anjur semakan misi khidmat nasihat keselamatan nuklear antarabangsa bulan depan
Dr Adham berkata misi itu akan membantu Malaysia dalam melengkapkan semakan untuk penambahbaikan dalam mekanisme keselamatan sedia ada. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia akan menganjurkan Semakan Misi Khidmat Nasihat Keselamatan Nuklear Antarabangsa bulan depan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Dr Adham Baba.
Beliau berkata misi itu akan membantu Malaysia dalam melengkapkan semakan untuk penambahbaikan dalam mekanisme keselamatan sedia ada.
"Kami menghargai sokongan berterusan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dalam melaksanakan Pelan Sokongan Keselamatan Nuklear Bersepadu di Malaysia," katanya dalam ucapan pada Persidangan Umum IAEA di Vienna, Austria pada Selasa.
Selain itu, Dr Adham turut menzahirkan penghargaan atas bantuan IAEA dalam pelbagai projek penyelidikan yang diselaraskan untuk menggalakkan perkongsian maklumat saintifik dan teknikal.
Beliau berkata Malaysia turut berbangga dengan pengiktirafan sebagai pusat kolaborasi IAEA oleh agensi itu dalam bidang pemprosesan radiasi, ujian tanpa kerosakan lanjutan dan pembiakan mutasi tumbuhan.
"Justeru, kami tidak sabar untuk memperbaharui perlantikan pusat kolaborasi IAEA untuk terus berkongsi kepakaran kami dengan anggota yang lain," tambahnya.
Merumuskan ucapannya, Dr Adham mengulangi komitmen teguh dan sokongan berterusan Malaysia kepada IAEA, termasuk menerusi sumbangan yang sewajarnya.
Beliau berkata Malaysia menghargai usaha berterusan IAEA untuk mempromosi ketelusan, kecekapan dan akauntabiliti dalam pengaplikasian teknologi nuklear untuk tujuan yang selamat dan aman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MOSTI
#Keselamatan Nuklear
#IAEA
#Dr Adham Baba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan