awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri sampaikan ucapan Krismas
Kerajaan MADANI komited rapatkan jurang pembangunan Sabah, Sarawak
Banjir landa selatan Perancis susulan hujan lebat berterusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia antara 60 negara cuba dapat maklumat pengguna Facebook

Astro Awani
Astro Awani
29/08/2013
12:10 MYT
Malaysia antara 60 negara cuba dapat maklumat pengguna Facebook
Malaysia merupakan antara 60 negara yang dilaporkan telah membuat permohonan untuk mendapatkan maklumat pengguna laman sosial Facebook pada setengah tahun pertama tahun ini.
Laporan yang dikeluarkan Facebook hari ini menyatakan seramai 38,000 pengguna telah cuba diperolehi maklumat mereka oleh kerajaan 60 negara yang membuat permohonan tersebut.
Laporan Facebook itu juga menyenaraikan Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, Perancis dan Itali adalah antara kerajaan yang mengemukakan paling banyak permintaan.
Menurut Facebook's Global Government Data Request maklumat yang diperlukan bagi membantu siasatan rasmi, termasuk kes-kes jenayah.
Facebook tidak menyatakan jenis permintaan diterima dari setiap kerajaan atau apa jenis maklumat yang diserahkan.
Walau bagaimanapun, ia mengatakan bahawa "majoriti" adalah berhubung dengan kes-kes jenayah seperti rompakan atau penculikan.
Permintaan mengenai keselamatan negara juga ditermasuk dalam senarai itu.
Peguam umum Facebook, Colin Mark menegaskan mereka mempunyai proses yang ketat untuk mengendalikan permintaan dan hanya akan melepaskan maklumat tersebut jika permintaan mempunyai asas undang-undang.
Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dilaporkan berkata kerajaan telah mengemukakan tujuh permintaan untuk mendapatkan maklumat 197 pengguna laman sosial Facebook pada separuh pertama tahun ini namun ditolak oleh laman sosial tersebut.
Topic Berkaitan
#Ahmad Shabery Cheek
#Facebook
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan