awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bersatu berdepan cabaran sokongan PN dan legitimasi MB Perlis - Penganalisis
Pekerja kedai rugi lebih RM20,000 akibat kerja tidak wujud
PLUS catat sekitar 2 juta kenderaan di lebuh raya pada Ahad, ramal peningkatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia bakal jadi kuasa ekonomi baharu di rantau ini - Anwar

Bernama
Bernama
15/09/2018
21:34 MYT
Malaysia bakal jadi kuasa ekonomi baharu di rantau ini - Anwar
ANWAR: Dengan adanya kedaulatan undang-undang dan institusi yang demokrasi, saya percaya, InsyaAllah Malaysia akan muncul sekali lagi sebagai kuasa ekonomi yang menjadi contoh. - Gambar fail
Presiden PKR yang juga bakal menjadi perdana menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau optimistik yang Malaysia boleh menjadi satu kuasa ekonomi baharu di rantau ini.
Berucap pada majlis S Rajaratnam Endowment Dialogue di sini pada Sabtu, Anwar berkata keyakinan tinggi itu adalah bersandarkan kepada "dasar-dasar Malaysia yang kukuh dan persekitaran perniagaan yang stabil dan bersih."
"Dengan adanya kedaulatan undang-undang... dan institusi yang demokrasi... saya percaya, InsyaAllah Malaysia akan muncul sekali lagi sebagai kuasa ekonomi yang menjadi contoh," katanya.
Dialog tersebut merupakan satu program utama Sidang Kemuncak Singapura 2018 yang diadakan di Shangri-La Hotel di sini.
Turut hadir ialah bekas perdana menteri Singapura Goh Chok Tong dan Ketua Pegawai Eksekutif Temasek Holdings, Ho Ching.
Sidang Kemuncak Singapura dianjurkan oleh Temasek Foundation Connects dengan sokongan Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura, GIC Pte. Ltd, Kementerian Kewangan, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Perdagangan dan Industri, Pihak Berkuasa Monetari Singapura dan Temasek.
Menjawab soalan daripada audiens tentang hubungan Singapura-Malaysia, Anwar bertanyakan semula, "ada sebarang masalah ke?".
"Saya sejujurnya tidak percaya bahawa ada masalah (antara kedua-dua negara)," katanya dan menerima tepukan daripada audiens.
Anwar yang juga merupakan pemimpin de facto kerajaan Pakatan Harapan di Malaysia turut berjanji: "Sekiranya dan bila saya mengambil alih jawatan perdana menteri, saya akan pastikan negara pertama yang saya lawat adalah Singapura."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#bakal perdana menteri
#Bersih
#contoh
#demokrasi
#ekonomi
#kedaulatan undang-undang
#kerajaan
#kuasa ekonomi
#Malaysia
#Pakatan Harapan
#Perdana Menteri
#PKR
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan