KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) hari ini memberi jaminan bahawa bekalan makanan dalam negara masih mencukupi dan negara belum sampai ke peringkat krisis makanan seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) kementerian itu, Datuk Badrul Hisham Mohd berkata meskipun terdapat sedikit gangguan terhadap bekalan makanan khususnya ayam dan gandum, namun ia tidak menjejaskan bekalan negara.
"Ini kerana sekitar 94 peratus pengeluaran ayam adalah untuk bekalan tempatan manakala enam peratus sahaja untuk eksport.
Secara keseluruhan, negara kita mengeluarkan sekitar 54 juta ekor ayam sebulan dan kapasiti mengeluaran ini boleh menampung keseluruhan keperluan rakyat," katanya ketika menjadi tetamu program Koresponden Bernama terbitan Bernama TV bertajuk "Krisis Makanan: Apakah Jaminan MAFI Terhadap Sekuriti Makanan Negara ?" hari ini.
Beliau berkata selain itu, sekitar 72 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan menternak ayam adalah makanan dan makanan ayam ini diimport dari luar negara seperti Brazil dan Argentina.
"Jagung bijian yang digunakan untuk makanan ayam kita tidak tanam lagi di Malaysia secara besar-besaran dan oleh sebab itu, MAFI ke arah mengindustrikan jagung bijian supaya kita dapat menyelesaikan isu import jagung bijian dari luar negara," katanya.
Badrul Hisham turut mencadangkan agar pengeluar sawit misalnya memperuntukkan sedikit daripada keluasan tanah ladang untuk penanaman jagung bijian sebagai langkah mengurangkan kebergantungan negara kepada jagung bijian dari luar negara yang memakan kos yang tinggi.
Dalam pada itu, mengulas mengenai isu gandum pula, Badrul Hisham berkata keputusan India mengenakan sekatan eksport gandum tidak memberi kesan memandangkan sumber utama bekalan gandum negara datang daripada Australia, Amerika Syarikat dan negara-negara lain.
Katanya, India hanya mengeksport sekitar 1.9 peratus sahaja bekalan gandum mereka untuk pasaran dalam negara.
Sementara itu, Badrul Hisham berkata MAFI dan Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang berusaha mengatasi isu ini bagi memastikan rakyat mendapat bekalan makanan yang mencukupi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 30 2022

Meskipun terdapat sedikit gangguan terhadap bekalan makanan khususnya ayam dan gandum, namun ia tidak menjejaskan bekalan negara. - Gambar hiasan

Agong, Raja Permaisuri tiba di Turkiye untuk lawatan negara
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua serta delegasi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Esenboga di sini pada kira-kira 5.30 petang.

Setahun Taliban | Afghanistan masih berdepan krisis ekonomi
15 Ogos ini memasuki genap setahun Taliban mengambil alih tampuk pemerintahan Afganistan daripada bekas Presiden, Asraf Ghani.

Krisis Myanmar | Suu Kyi dijatuhi hukuman penjara lagi
Bekas pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi sekali lagi dijatuhkan hukuman penjara, kali ini selama enam tahun. Perbicaraan itu bagaimanapun diadakan secara tertutup, dan pasukan guamannya juga dilarang berkongsi maklumat perbicaraan tersebut.

Hujan Lebat | 31 maut, puluhan hilang akibat banjir di Afghanistan
Sekurang-kurangnya 31 maut dan puluhan yang lain hilang selepas banjir kilat melanda utara Afghanistan akibat hujan lebat. Menurut Agensi Berita Bakhtar, banjir dilaporkan berlaku di wilayah Parwan pada Ahad.

Malaysia Airlines | Malaysia Airlines beli 20 pesawat A330neo Airbus
Malaysia Aviation Group (MAG) memilih A330neo daripada Airbus untuk program pembaharuan armada pesawat badan lebar syarikat penerbangan itu. 10 pesawat akan dibeli daripada syarikat Airbus, manakala 10 lagi akan dipajak daripada syarikat Avolon yang berpangkalan di Dublin.

Negara Penuaan | Bagaimana hala tuju persaraan 16 juta rakyat di sektor informal?
Kira-kira 16 juta rakyat Malaysia yang bekerja dalam sektor tidak formal mungkin akan terperangkap dalam kedudukan kewangan dan tidak mampu membawa diri ke hari persaraan jika tiada simpanan yang mencukupi.

Peranti Siswa | Majlis perwakilan pelajar bantu kemuka rayuan
Majlis perwakilan pelajar diberi tanggungjawab untuk membantu para pelajar yang tidak berjaya dalam permohonan Program Peranti Siswa bagi mengemukakan semula rayuan mereka. Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, persatuan berkenaan akan menjadi pusat rujukan bagi kes-kes rayuan agar pelajar layak, tidak tercicir daripada menerima bantuan tersebut.

Politik | BN belum putuskan kedudukan PBM
Permohonan Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan beberapa lagi parti politik yang mahu menyertai Barisan Nasional (BN) masih lagi dalam pertimbangan.

Umrah | PUHAZ tidak terlibat urus jemaah wanita berpakaian ihram
Persatuan Pengendali Umrah, Haji Dan Ziarah Perak (PUHAZ) mengesahkan tidak terlibat dalam mengendalikan urusan umrah seorang seorang wanita yang didakwa berpakaian ihram lengkap seperti lelaki di tanah suci Mekah yang tular baru-baru ini. Setiausaha Agungnya, Abdul Jabbar Abdul Kahar menjelaskan hasil maklumat awal, tiada mana-mana antara 35 syarikat pelancongan dan umrah di bawah persatuan itu terlibat urusan wanita yang didakwa beralamat di Bota, Perak.

Musim Kemarau | Bomba beri tumpuan lokasi panas di tujuh negeri
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan memberi tumpuan di beberapa lokasi panas kemungkinan berlakunya kebakaran terbuka bagi menghadapi musim kemarau seluruh negara dijangka September depan. Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid, selepas berakhirnya monsun timur laut, lazimnya musim kemarau akan berlaku dan tahun ini dijangka panas yang agak panjang dan ekstrim.

Krisis makanan: Presiden baharu Filipina janji tingkat pengeluaran bijirin
Filipina merupakan pengimport beras kedua terbesar di dunia dan kini berada pada kedudukan yang tidak menguntungkan dalam bekalan makanan.

MOSTI tawar 46 penyelesaian teknologi tangani sekuriti makanan
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menawarkan 46 penyelesaian teknologi bagi membantu negara menangani isu sekuriti makanan.

Pendekatan 'silo' tidak selesaikan isu bandar - Maimunah
Setiap kementerian perlu bergadingan bagi mencari jalan penyelesaian isu dan masalah yang dihadapi masyarakat di bandar.

Bantuan makanan untuk Sudan Selatan ditangguh susulan kekurangan dana - WFP
Menurut pertubuhan kemanusiaan PBB itu, kira-kira AS$426 juta diperlukan bagi memenuhi keperluan enam juta individu pada 2022.

Bank Rakyat diminta sediakan dana khas bantu koperasi, syarikat berasaskan sektor makanan - Noh Omar
Operasi dan syarikat berasaskan sektor pertanian penting dan harus diberi keutamaan bagi membantu melancarkan rantaian agromakanan.

Felda bentang kertas cadangan bantu tangani krisis makanan - Mustapa
Langkah tersebut selaras dengan hasrat kerajaan supaya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bersama-sama membantu menangani krisis makanan.

Ketidakjaminan makanan memerlukan kerjasama keselamatan - Hishammuddin
Hishammuddin menekankan bahawa ketidakjaminan makanan mengancam masyarakat dan memburukkan lagi konflik.

Krisis makanan global dijangka berlarutan sehingga tahun depan - FAO
FAO juga meramalkan harga makanan dunia kekal tinggi susulan konflik Rusia dan Ukraine, dua pengeksport utama bijirin dan baja.

Sekuriti makanan: Perak gembleng semua agensi untuk stabil pengeluaran - MB
Kerajaan negeri Perak menggembleng kerjasama semua agensi pertanian untuk menggerakkan pelbagai inisiatif ke arah jaminan dan kestabilan pengeluaran makanan.

Malaysia belum sampai ke peringkat krisis makanan - MAFI
Meskipun terdapat sedikit gangguan terhadap bekalan makanan khususnya ayam dan gandum, namun ia tidak menjejaskan bekalan negara.