awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN perkenal aplikasi Whatsapp, platform pertanyaan cukai baharu
Letupan di Universiti HELP: Dua pelajar masih menerima rawatan
PERKESO sedia salur bantuan mangsa letupan gas Universiti HELP - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia berdiri teguh bersama rakyat Amerika - PM Najib

Bernama
Bernama
03/10/2017
02:06 MYT
Malaysia berdiri teguh bersama rakyat Amerika - PM Najib
PM NAJIB: Sedih dengan keganasan buruk di Las Vegas. Ingatan dan doa kami bersama mereka yang kehilangan orang tersayang. Malaysia berdiri teguh bersama rakyat Amerika. - Gambar fail/BERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia teguh bersatu bersama rakyat Amerika berikutan kejadian tembakan di konsert Las Vegas pada malam Ahad yang menyebabkan sekurang-kurangnya 59 maut dan lebih 500 cedera.
Beliau melahirkan kesedihan itu terhadap insiden yang dilaporkan sebagai kejadian serangan tembakan paling buruk dalam sejarah Amerika Syarikat.
"Sedih dengan keganasan buruk di Las Vegas. Ingatan dan doa kami bersama mereka yang kehilangan orang tersayang. Malaysia berdiri teguh bersama rakyat Amerika," katanya dalam Twitter.
Laporan dari Las Vegas menyatakan seorang lelaki berusia 64 tahun melepaskan tembakan dari bilik di tingkat 32 Mandalay Bay Resort and Casino yang menyasarkan penonton konsert yang menghadiri festival muzik negara itu yang diadakan di seberang jalan hotel terbabit.
Penembak berkenaan, seorang penduduk Nevada yang dikenal pasti sebagai Stephen Paddock, ditemukan mati apabila polis tiba di biliknya yang turut menjumpai pelbagai senjata.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika
#Las Vegas
#Malaysia
#Mandalay Bay Resort
#Perdana Menteri
#Stephen Paddock
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan