awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
1,189 kematian akibat banjir Sumatera direkodkan setakat 12 Januari - BPNB
Negeri Sembilan mampu tingkat pelaburan cecah RM8 bilion tahun ini - Aminuddin
MAG akan kendali lebih 2,400 penerbangan sempena perayaan Tahun Baharu Cina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia beri komitmen laksana tanggungjawab Ahli Majlis ICAO - Loke

Bernama
Bernama
23/05/2024
07:51 MYT
Malaysia beri komitmen laksana tanggungjawab Ahli Majlis ICAO - Loke
Loke (dua, kanan) ketika pertemuan dengan beberapa pimpinan penerbangan awam dari pelbagai agensi. -Facebook
KUALA LUMPUR: Malaysia memberikan komitmen untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai satu daripada 14 negara yang dipilih sebagai Ahli Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Loke berkata semasa lawatan rasmi ke Riyadh, Arab Saudi bagi menghadiri Forum Future Aviation (FAF) beliau mengadakan perbincangan dua hala dengan rakan sejawatnya dari Arab Saudi, Tunisia, Trinidad and Tobago, Guyana dan Mauritania.
Beliau turut mengadakan pertemuan dengan pimpinan penerbangan awam dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Oman, Mesir, ICAO, Arab Civil Aviation Organization (ACAO), Caribbean Aviation Safety and Security Oversight (CASSOS) dan Latin American Civil Aviation Commission (LACAC).
"Saya telah memberi komitmen untuk melaksanakan tanggungjawab Malaysia sebagai satu daripada 14 negara yang dipilih sebagai Ahli Majlis ICAO Bahagian III," katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasminya hari ini.
Selain itu, beliau berkata perbincangan mengenai penambahbaikan jaringan udara serantau dan juga kerjasama kepakaran dalam sektor udara turut diadakan.
FAF edisi ketiga itu anjuran Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Saudi (GACA) dan berlangsung pada 20 hingga 22 Mei lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#ICAO
#penerbangan awam
#lawatan rasmi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan