Skip to main content

Malaysia

Malaysia berjaya dapatkan semula RM31.3 bilion dana 1MDB yang diseleweng - KP SPRM

Foto Shahir
Azam bercakap pada sidang media di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, pada Rabu. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR

PUTRAJAYA: Malaysia berjaya mendapatkan semula RM31.3 bilion atau 74.5 peratus daripada RM42 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diseleweng setakat tahun lepas, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Beliau berkata, kejayaan itu sekali gus menjadi antara rekod kadar pemulihan aset tertinggi di dunia bagi skandal jenayah kewangan berskala besar.

Advertisement

Jumlah yang berjaya diperoleh semula itu juga melepasi anggaran awal sebanyak 70 peratus atau RM30 bilion yang dinyatakan dalam beberapa laporan sebelum ini.

Pencapaian itu mencerminkan komitmen teguh kerajaan dalam mendapatkan semula aset negara yang dikaitkan dengan skandal 1MDB, serta selaras dengan aspirasi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim  untuk memastikan setiap aset yang hilang dikesan dan dikembalikan kepada negara.

“Setakat ini, berdasarkan data yang ada, jumlah keseluruhan dana 1MDB yang diseleweng ialah RM42 bilion," kata Azam.

BERITA LANJUT MENYUSUL

 

 

Must Watch Video