KUALA LUMPUR: Malaysia dialu-alukan untuk menyumbang dan menawarkan perkongsian ilmu kepada Inisiatif Hijau Saudi (SGI) yang bertujuan menangani perubahan iklim, meningkatkan kualiti hidup dan melindungi planet buat generasi akan datang.
Duta Arab Saudi ke Malaysia Mesaad Ibrahim Abdullah Al Sulaim memberitahu Bernama, inisiatif yang dilancarkan oleh Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman pada tahun 2021 itu, antara satu daripada banyak bidang utama yang berpotensi dimanfaatkan oleh kedua-dua negara, selain dapat mengukuhkan hubungan mesra pada masa akan datang.
"Sebagai sebuah negara tropika yang menerima hujan dan mempunyai hutan tebal, Malaysia boleh menyumbang dan menawarkan pengalaman dalam projek dan inisiatif Kingdom's Vision 2030 (Wawasan Kerajaan 2030), seperti inisiatif Putera Mahkota iaitu "Green Saudi Arabia" dan "Green Middle East".
"Kedua-dua inisiatif itu bertujuan meningkatkan jumlah pokok, mengurangkan pelepasan karbon, memerangi pencemaran, membangunkan tanah, serta hidupan liar dan marin, dengan menanam 10 bilion pokok, selain menanam 40 bilion pokok di Timur Tengah.
"Kedua-dua negara boleh terus bekerjasama, selain bertukar pengalaman dalam bidang tenaga boleh diperbaharu dan hidrogen hijau, serta dalam bidang sekuriti makanan," katanya dalam temu bual eksklusif baru-baru ini sempena Hari Kebangsaan ke-93 Arab Saudi yang disambut pada 23 Sept.
SGI mengaktifkan semua enjin masyarakat untuk mencapai tiga sasaran menyeluruh - pengurangan pelepasan, penghutanan dan perlindungan darat dan laut.
Lebih 60 inisiatif sedang dilaksanakan, semuanya mewakili pelaburan besar dalam ekonomi hijau, menurut laporan antarabangsa.
Ketika hubungan antara kedua-dua negara bersaudara itu terus membangun dan maju, Mesaad Ibrahim berkata tahap kerjasama sedia ada berpotensi untuk ditingkatkan ke tahap lebih tinggi terutamanya di bawah Kingdom's Vision 2030.
"Di bawah kepimpinan Raja Salman bin Abdulaziz dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman, kami berminat untuk mengukuhkan dan membangunkan hubungan dua hala dalam semua bidang untuk mencapai kepentingan bersama rakyat dan dua negara yang bersaudara," katanya.
Wawasan 2030 mewakili pelan pembangunan negara yang komprehensif, bertujuan untuk mengubah kerajaan menjadi model terkemuka di dunia, dengan memperkasakan keupayaan rakyat, melaburkan kekuatan bagi mewujudkan ekonomi yang pelbagai dan makmur, serta membina masyarakat yang cergas dan sihat.
Selain itu, wawasan berkenaan turut berfungsi sebagai rangka kerja strategik untuk mengurangkan pergantungan Arab Saudi kepada minyak, mempelbagaikan ekonomi dan membangunkan sektor perkhidmatan awam seperti kesihatan, pendidikan, infrastruktur, rekreasi dan pelancongan.
Bercakap mengenai pencapaian dua hala itu, Mesaad Ibrahim berkata banyak pencapaian yang telah dicapai, termasuk dalam aspek hubungan antara rakyat yang turut meliputi sektor pendidikan.
Beliau berkata kerajaan telah menawarkan 700 biasiswa setiap tahun kepada pelajar Malaysia setakat ini untuk menyambung pengajian di universiti di Arab Saudi dalam semua disiplin saintifik.
Biasiswa itu menyediakan pelbagai kelebihan, merangkumi tiket perjalanan, insurans perubatan, perumahan dan ganjaran kewangan.
"Ramai pelajar Arab Saudi telah menamatkan pengajian di universiti di Malaysia dalam pelbagai bidang dan terdapat ramai daripada mereka terdiri penuntut wanita dan lelaki sedang belajar di universiti di Malaysia di peringkat sarjana muda, sarjana dan PhD.
"Ini mencerminkan keyakinan kerajaan terhadap sistem pendidikan Malaysia. Sebaliknya, ramai penuntut Malaysia belajar dan menamatkan pengajian di universiti di Arab Saudi," tambah beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 25 2023

Mesaad Ibrahim berkata banyak pencapaian yang telah dicapai, termasuk dalam aspek hubungan antara rakyat yang turut meliputi sektor pendidikan. - Gambar Bernama
Niaga AWANI: KUSKOP: Memperkukuh ekosistem keusahawanan negara
Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil, KUSKOP, Wan Ahmad Hilman Wan Adam berkongsi tarikan menarik yang ada di reruai KUSKOP serta bagaimana usahawan dapat menerima manfaat menerusi pelbagai inisiaitf yang dilaksana.

Zambry mahu terus "merakyatkan" Wisma Putra, polisi luar negara
Menteri Luar menyasarkan untuk terus "merakyatkan" Wisma Putra dalam usaha menghebahkan kepentingan polisi luar negara kepada umum dan global.
Niaga AWANI: Setahun Kerajaan Madani: Menyantuni rakyat & mencari keseimbangan fiskal
Pengarah Kanan, Bahagian Ekonomi dan Kewangan, Pejabat Perdana Menteri, Nurhisham Hussein berkongsi pandangan beliau berkenaan usaha kerajaan menyantuni rakyat pada masa sama mencari keseimbangan fiskal.

Polis mohon bantuan kesan remaja lelaki hilang di Cheras
Muhammad Daniel Akmal Zulkhair kali terakhir dilihat di Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Cheras, jam 12.30 tengah hari Khamis.
AWANI Ringkas: Mangsa berkurangan ke 1,495 orang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Piala Malaysia: Lebih 4,000 penyokong JDT ke Stadium Nasional Bukit Jalil
Kira-kira 109 bas dari Johor berlepas ke Stadium Nasional Bukit Jalil pagi ini, untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara JDT dan Terengganu FC (TFC), malam ini.

Penilaian ancaman penculikan di Laut Sulu-Sulawesi tunjuk trend positif - ESSCOM
Penilaian ancaman penculikan kru untuk tebusan di Laut Sulu-Sulawesi pada ketika ini menunjukkan petanda positif.
AWANI Pagi: Amalan Lestari dan Tenaga Boleh Diperbaharui Dalam Kehidupan
Bersama dua pakar dari UMPSA, Prof Madya Ts Dr. Herma Dina Setiabudi dan Ts. Mohd Nurul Akla Mohd Azlan mengenai bagaimana mengadaptasi amalan lestari dan memanfaatkan tenaga boleh diperbaharui (RE) dalam kehidupan seharian.
#AWANInews #AWANIpagi
#AWANInews #AWANIpagi

'Tidak sangka Zayn dibunuh, mahu pelaku diberkas' - Penduduk
Penduduk sifatkan kes adik Zayn Rayyan Abdul Matiin sebagai tragedi hitam.

Angelina Jolie sifatkan Hollywood dunia tak sihat, pernah diserang Bell’s Palsy
Jolie juga mendedahkan toksiknya Hollywood telah memberi impak besar terhadap kesihatannya terutama saat fasa penceraian dengan Brad Pitt.

Malaysia boleh beri sumbangan untuk Inisiatif Hijau Arab Saudi - Duta
Malaysia dialu-alukan untuk menyumbang dan menawarkan perkongsian ilmu kepada Inisiatif Hijau Saudi (SGI).