SAN FRANCISCO: Malaysia bukanlah sebuah negara yang condong ke arah China, namun secara geografinya memang negara itu dekat dengan Malaysia, dan menjadi rakan serta sekutu yang boleh dipercayai, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, Amerika Syarikat juga sama pentingnya, dan ia merupakan sekutu tradisional serta pelabur utama yang membantu memacu ekonomi Malaysia.
"Secara keseluruhannya Amerika Syarikat menjadi negara nombor satu dari segi jumlah pelaburan kami, tetapi China semakin hari semakin menjadi salah satu pelabur utama," katanya pada sesi soal jawab di University of California, Berkeley, di sini, Selasa.
Professor dan Alan P.Bedford Endowed Chair, Pengarah Sains Politik, Berkeley APEC Study Center, Dr Vinod Aggarwal menjadi moderator pada sesi yang berlangsung selama kira-kira sejam itu.
"China adalah negara jiran Malaysia, negara yang penting dan telah matang dari segi kerancakan ekonominya, dan kita akan mendapat manfaat besar sekiranya kita terus melibatkan diri dengannya," kata Anwar.
"Jadi pandangan saya begini, semasa kita perlu dengar negara-negara kuasa besar ini, mereka juga perlu terlibat dan dengar pandangan serta pendirian kita. Kita adalah sebuah ekonomi yang sedang dan pesat membangun, (dan) perlu melibakan diri serta membuat keputusan mengenai apa yang terbaik untuk negara," katanya.
Mengenai peranan Malaysia, atau ASEAN secara keseluruhannya di Laut China Selatan, Anwar yang berada di sini bagi menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC ke-30 berkata: "ASEAN ada membincangkan pendiriannya. Secara idealnya ASEAN perlu mengambil kedudukan serantau pelbagai hala dalam penglibatan dengan China."
"... dalam peta yang gambarkan oleh China baru-baru ini, ada pertindihan di kawasan yang menjadi tuntutan, namun dalam persoalanan dengan China ini, Malaysia sebenarnya berjaya dari segi rundingan dengan pihak China," katanya.
Anwar percaya bagi Malaysia, isu itu adalah lebih sukar dalam pertindihan tuntutan yang membabitkan negara Filipina dan Vietnam.
"Malaysia juga berunding dengan mereka, tetapi kedudukan kami adalah untuk memastikan kita perlu menjadikan ia kekal sebagai masalah serantau. Jangan benarkan ia melibatkan negara lain, kerana itu akan memburukkan lagi krisis," katanya.
"Penyelesaiannya sudah tentu adalah menerusi penglibatan diplomatik yang agresif, dan yang sedang kita diteruskan, walaupun dalam ASEAN sendiri, seperti yang saya katakan, dengan Filipina dan Vietnam, bersama-sama dengan AASEAN dan juga China," katanya.
Ditanya mengenai apa kemungkinan yang bakal muncul hasil pertemuan dua hala dengan Presiden Joe Biden dan Xi Jinping dari China di luar mesyuarat (APEC), beliau berkata, ia tidak boleh diketepikan sebagai wacana biasa.
"Mesyuarat itu diperhatikan, bukan sahaja oleh ekonomi anggota APEC tetapi juga dunia.
"Pertemuan itu (boleh menghasilkan beberapa) resolusi, tidak semestinya mengenai masalah perbalahan Gaza, Palestin atau Ukraine, Rusia," katanya.
"Sekurang-kurangnya pelaburan perdagangan dan pemahaman tentang isu berkaitan ini akan membantu menanamkan lebih keyakinan kepada ekonomi yang diperlukan, bukan sahaja oleh Amerika Syarikat dan China tetapi juga kebanyakan negara," katanya.
Beliau berkata, hubungan yang lebih baik antara China dan Amerika Syarikat bermakna manfaat yang besar kepada negara Asean, termasuk Malaysia. - BERNAMA
Bernama
Wed Nov 15 2023
Malaysia bukanlah sebuah negara yang condong ke arah China, namun secara geografinya memang negara itu dekat dengan Malaysia, dan menjadi rakan serta sekutu yang boleh dipercayai, Anwar Ibrahim. - Gambar BERNAMA
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Unjuran 2025: KDNK Malaysia berkembang 4.6 peratus, FBM KLCI capai 1,800 mata - MIDF Research
MIDF Research menjangkakan Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia akan berkembang pada kadar 4.6 peratus pada tahun 2025.
FTA Malaysia-Korea Selatan dijangka dimuktamad tahun depan jika tidak terjejas krisis politik
Perjanjian FTA antara Malaysia dan Korea Selatan dijangka dimuktamadkan tahun depan, tertakluk kepada kestabilan politik di Korea Selatan.
Fasa pertama perdagangan TBB Malaysia-Singapura bermula bulan ini
Ia hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun lalu.
Banjir: Malaysia terima bantuan kemanusiaan daripada Pakistan
Pesawat kargo khas dari Pakistan yang membawa sumbangan banjir peringkat pertama untuk rakyat Malaysia, selamat mendarat di Terminal MASKargo kira-kira 4.30 petang tadi.
Malaysia, Brunei terus perkukuh hubungan dan kerjasama
Malaysia dan Brunei terus memperkukuh hubungan serta kerjasama yang sedia terjalin antara kedua-dua negara.
Malaysia pantau rapat situasi di Syria, utamakan keselamatan rakyat
Malaysia memantau secara rapat perkembangan situasi di Syria serta potensi implikasinya terhadap kestabilan serantau.