awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia cadang kumpulan siapsiagaan Asean bagi kerjasama pertahanan

Bernama
Bernama
20/11/2014
00:52 MYT
Malaysia cadang kumpulan siapsiagaan Asean bagi kerjasama pertahanan
HISHAMMUDDIN: Penubuhan kumpulan itu khusus bagi negara Asean berada dalam keadaan siapsiaga untuk menghadapi apa-apa kemungkinan susulan respons cepat terhadap insiden seperti MH370 dan taufan Haiyan.
Malaysia mencadangkan tahap baharu kerjasama pertahanan bagi negara anggota Asean yang dikenali sebagai Kumpulan Siapsagaan Asean.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata penubuhan kumpulan itu khusus bagi negara Asean berada dalam keadaan siapsiaga untuk menghadapi apa-apa kemungkinan susulan respons cepat dalam kalangan negara Asean terhadap insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 pada 8 Mac lepas dan kejadian taufan Haiyan membadai Filipina pada November 2013.
Beliau berkata Malaysia mahu membawa kerjasama pertahanan Asean ke skala lebih besar berikutan kejayaan dan keberkesanan mekanisme Bantuan Kemanusiaan dan Bencana masa kini termasuk Perjanjian Asean mengenai Pengurusan Bencana dan Tindak Balas Kecemasan (AADMER) dan Pusat Penyelarasan Asean bagi Bantuan Kemanusiaan (AHA).
Beliau berkata kumpulan itu boleh bekerjasama untuk latihan serta membangunkan prosedur bersama dan beroperasi di bawah mekanisme kerjasama yang praktikal sedia ada.
"Selain itu, adalah diharapkan bahawa kumpulan itu akan memperoleh pelepasan diplomatik yang telah ditentukan, talian komunikasi dan pramengenal pasti peralatan sumber manusia dan kepakaran peralatan," kata beliau dalam sesi bertukar pandangan pada Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan Asean (ADMM) di Bagan, Myanmar semalam.
Teks ucapan Hishammuddin, yang dihantar kepada Bernama semalam, bertemakan "Kerjasama Pertahanan Ke Arah Komuniti Asean yang Aman dan Makmur".
Beliau juga melahirkan rasa terima kasih kepada 10 negara Asean yang pertama tampil memberi sokongan kepada Malaysia ketika negara berada dalam keadaan yang sukar susulan tragedi kehilangan MH370.
Mengenai usaha memerangi kumpulan militan digelar Negara Islam (IS), Hishammuddin berkata terdapat keperluan untuk memahami lebih lanjut bagaimana ideologi yang menyimpang untuk mewujudkan semula khalifah yang sudah tidak berfungsi boleh menjadi begitu menarik bagi orang daripada pelbagai rantau.
"Dalam hal ini, selain membangkitkan kesedaran domestik, kerjasama pelbagai hala melalui penglibatan lebih dekat dan perkongsian maklumat adalah penting dan tidak ada lagi platform lebih penting di rantau ini selain ADMM," kata beliau.
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Hishammuddin Hussein
#MH370
#militan
#negara Islam
#siapsiaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan