KUALA LUMPUR:Malaysia rekod 18 kematian baharu dalam tempoh 24 jam iaitu rekod tertinggi setakat ini.

Itu antara tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 22 Januari.

Berikut perincian kenyataan beliau:

1. Sebanyak 3,631 kes baharu COVID-19 direkodkan sekali gus menjadikan jumlah kes keseluruhan kes ialah 176,180.

2. Kementerian Kesihatan merekodkan 18 kes kematian baharu, tertinggi setakat ini dan jumlah kumulatif kini 660 kes.

3. Kes aktif kebolehjangkitan COVID-19 kini mencecah 42,814 kes

4. Seramai 251 pesakit sedang dirawat di ICU dengan 102 kes memerlukan bantuan pernafasan.

5. Kementerian Kesihatan juga kenal pasti 12 kluster baharu.