KUALA LUMPUR: Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik Malaysia-China.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan memaklumkan, perbincangan itu diadakan sempena kunjungan hormat Menteri Pendidikan China, Huai Jinpeng kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir di Putrajaya, pada Jumaat.
"Kedua-dua rakan sejawat tersebut telah bertukar pandangan mengenai landskap dan hala tuju pendidikan tinggi negara serta potensi kerjasama strategik yang boleh diteroka terutama dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), sosiobudaya dan kolaborasi industri bagi pelajar-pelajar Malaysia melibatkan perusahaan diterajui syarikat dari China antaranya Huawei dan Geely," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut kerjasama penyelidikan dalam sektor teknologi maju seperti kecerdasan buatan (AI), pengkomputeran, teknologi tenaga hijau, mikrocip serta automotif turut dibincangkan.
Menurut kenyataan itu, Zambry dan Huai berpendapat kerjasama dalam sektor penyelidikan terbabit boleh dipertingkat melalui penubuhan sebuah pusat penyelidikan peringkat nasional antara kedua-dua negara.
Selain itu, kedua-dua pemimpin berkenaan menggalakkan kerjasama strategik terutama antara institusi pendidikan tinggi Malaysia dan China dalam pelbagai program pembangunan sains dan teknologi, perkongsian sumber, data teknikal, fasiliti, latihan, penyelidikan serta dialog ketamadunan.
Menurut KPT, Memorandum Persefahaman (MoU) antara Chinese Service Centre For Scholarly Exchange (CSCSE) dengan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) turut dimeterai pada sesi pertemuan berkenaan.
Menerusi MoU itu, CSCSE dan MQA akan bekerjasama bagi memudahkan pertukaran maklumat dan kepakaran tentang rangka kerja kelayakan negara, proses akreditasi, mempromosikan kerjasama antarabangsa untuk pengiktirafan kelayakan dan kemahiran yang diperoleh melalui pendidikan tinggi.
"Kerjasama berkenaan akan turut memperkukuh lagi program mobiliti akademik, perkongsian penemuan penyelidikan dan amalan terbaik dalam bidang jaminan kualiti sektor pendidikan tinggi Kuala Lumpur-Beijing," menurut kenyataan itu. - BERNAMA
Bernama
Fri Apr 26 2024
Zambry (kiri) mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya dari China, Huai Jinpeng di Putrajaya, pada Jumaat. - Gambar Facebook Kementerian Pendidikan Tinggi
TPM Fadillah tiba di Bali untuk hadir mesyuarat kepimpinan tertinggi Forum Air Dunia
Datuk Seri Fadillah Yusof akan mewakili Malaysia dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi di Forum Air Dunia (WWF) kali ke-10 di sini bermula esok.
Polis siasat ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai ugutan terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim pada Ahad.
AWANI Ringkas: Serangan balai polis | Ancaman terhadap Ahli Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM gesa AS henti salur senjata kepada Israel
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Amerika Syarikat (AS) menghentikan penyaluran bekalan senjata kepada Israel serta menggunakan kuasa vetonya untuk menamatkan kekejaman di Palestin.
Timbalan Presiden, CEO KDNFC letak jawatan
Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) meletakan jawatan masing-masing, berkuat kuasa hari ini.
Raja Salman jalani pemeriksaan kedua dalam tempoh kurang sebulan
Raja Arab Saudi, Raja Salman dilaporkan menjalani pemeriksaan kesihatan buat kali kedua dalam tempoh kurang sebulan selepas didapati mengalami peningkatan suhu badan yang tinggi dan sakit sendi.
Tema revolusihat, apa yang boleh kita jangkakan?
Minggu ini kesemua peserta The Hardest Singing Show dicabar dengan tema Revolusihat yang menggabungkan nyanyian dan juga sukan.
Berjayakah mereka menampilkan kelainan?
Berjayakah mereka menampilkan kelainan?
Malaysia negara pertama terima, TH edar Kad Haji Nusuk
Lembaga Tabung Haji (TH) telah mula mengedarkan kad haji Nusuk bagi musim haji 1445H/2024M secara berperingkat kepada jemaah haji negara pada 18 Mei, menjadikan Malaysia antara negara terawal yang berbuat demikian bagi memperkemaskan proses dan meningkatkan langkah keselamatan untuk jemaah.
PM desak AS henti salur senjata kepada Israel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Amerika Syarikat untuk menghentikan penyaluran bekalan senjata kepada Israel serta menggunakan kuasa vetonya untuk menamatkan kekejaman di Palestin.
Polis siasat ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai ugutan terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim pada Ahad.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Memanfaatkan potensi hubungan Malaysia-China untuk kemakmuran masa depan
Trajektori masa hadapan hubungan Kuala Lumpur-Beijing bergantung kepada libat urus berterusan dan usaha mempromosi pembangunan mampan dan kemakmuran.
2024 menandakan pencapaian penting hubungan Malaysia-China - ACCCIM
Presiden ACCCIM Tan Sri Senator Lu Cheng Chuan berkata "hubungan Malaysia-China sedang berada pada tahap terbaik dalam sejarah".
Malaysia, China akan bekerjasama dalam penyelidikan rantai blok Xinghuo-Zetrix
Zetrix platform awam lapisan-1 yang dibangunkan oleh MYEG adalah nod super antarabangsa bagi rantai blok nasional China, Xinghuo.
Hubungan Malaysia-China bertambah erat, disokong hubungan diplomatik yang kukuh
Hubungan antara Malaysia dan China kini bertambah erat disokong oleh hubungan diplomatik yang kukuh antara kedua-dua negara (G to G) serta penglibatan aktif sektor swasta.
MITI harap hubungan perdagangan Malaysia-China terus mengukuh - Tengku Zafrul
China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia selama 13 tahun berturut-turut (2009-2021).
Malaysia-China setuju tingkat kekerapan penerbangan
Kuala Lumpur dan Beijing akan menyediakan ruang yang secukupnya untuk peningkatan penerbangan kelak.
Festival Filem China 2022 tingkat hubungan Malaysia-China melalui industri perfileman
Hubungan Malaysia-China adalah penting, bukan sahaja atas sebab ekonomi tetapi juga atas inisiatif budaya, kreativiti dan inovasi.
Pencapaian hubungan Malaysia-China di luar jangkaan - Duta
Perdagangan bilateral mencatat US$176.8 bilion pada 2021, menjadikan Malaysia rakan dagang kesembilan terbesar bagi China.
'Tidak timbul waswas, Malaysia terbuka kerjasama mana-mana negara termasuk China'
Menurut Zokhri, waswas hanyalah naratif media, sebaliknya Malaysia mengalu-alukan kerjasama dengan mana-mana negara sekalipun.