Malaysia dan Indonesia pada asasnya bersetuju dengan penggunaan teknologi seperti dron bagi mengawasi keselamatan dan pemantauan jenayah sempadan kedua-dua negara.
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perjanjian persempadanan Malaysia dan Indonesia yang akan diperbaharui tahun hadapan, akan menjurus kepada penggunaan teknologi bagi mengawal keselamatan sempadan, dalam menangani isu sempadan demi kepentingan bersama.
"Memorandum persefahaman berkaitan persempadan antara kedua-dua negara sedang diperhalusi dan akan ditandatangani tahun hadapan," katanya kepada pemberita di sini, pada Selasa.
Muhyiddin dalam lawatan kerjanya ke Indonesia sejak semalam (Isnin).
Hari ini beliau mengadakan pertemuan bersama Menteri Tenaga Kerja (Sumber Manusia) Indonesia, Ida Fauziyah dan Menteri Hukum (Undang-undang) dan Hak Asasi Manusia, Yasonna Laoly, bagi membincangkan isu kepentingan bersama.
Mengulas pertemuannya bersama Yasonna, Muhyiddin berkata Indonesia bersetuju untuk melaksanakan penggunaan dron dan penggunaan teknologi lain dalam memantau, dan penguatkuasaan sempadan kedua- dua negara.
Malaysia dan Indonesia akan terus bekerjasama erat dalam menangani isu jenayah sempadan seperti penyeludupan, penyeludupan dadah, pemerdagangan manusia dan jenayah merentas sempadan.
"Sempadan (darat) Malaysia dan Indonesia (contohnya, di Sabah dan Sarawak dan Kalimantan) adalah lebih 1,000km, dan sudah tentulah menyukarkan pengawasan dan memerlukan penggunaan teknologi," katanya.
Mengenai pertemuannya dengan Ida Fauziyah, Muhyiddin berkata antara isu yang dibangkitkan adalah berkenaan kemasukan pekerja tanpa izin.
"Malaysia dan Indonesia sepakat, isu kemasukan pendatang tanpa izin perlu ditangani secara bersama dan serius," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 10 2019

Perjanjian persempadanan Malaysia-Indonesia yang akan diperbaharui tahun depan menjurus kepada penggunaan teknologi kawalan keselamatan sempadan. - Gambar fail

Potong gaji, elaun wakil rakyat secara sukarela, tidak perlu usul - Shahidan Kassim
Pemotongan gaji atau elaun antara 10 hingga 20 peratus itu boleh dibuat secara sukarela dan kesedaran setiap ahli bagi membantu rakyat.

AWANI Ringkas: Jenazah Tun Dr Mohamed Salleh selamat disemadikan

Kuasa pentadbiran agama Islam kekal milik negeri dalam tempoh darurat
Perbezaan elemen ketetapan jemaah masjid, sungguhpun terlihat kecil namun ia simbol pancaran bidang kuasa negeri dalam hal ehwal agama Islam di negara kita.

Video senaman, TikTok di pusat kuarantin: 'Bagus untuk moral pesakit' - Pakar perubatan
Pesakit COVID-19 melakukan senaman dan merakam video tarian tiktok bersama-sama di pusat kuarantin bukan satu masalah.

Sebahagian Jalan Grogo, Bau-Lundu runtuh
Orang ramai dinasihatkan berhati-hati ketika melalui Jalan Grogo, Bau-Lundu susulan kejadian tanah runtuh yang meranapkan sebahagian daripada jalan dua hala tersebut.

#AWANIPagi Perkongsian bersama Tun Dr Mahathir Mohamad | 17 Januari 2021
Hujung-hujung minggu ini apa kata anda dengar perkongsian Tun Dr Mahathir Mohamad tentang kesihatan. Selaku pakar perubatan, beliau juga kongsi pandangannya mengenai pandemik COVID-19 dengan penyampai #AWANIpagi. Saksikan 8.30 pagi Ahad ini.

Vaksin tidak cukup | Kerajaan AS, negeri salahkan satu sama lain
Kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan Amerika Syarikat kini menyalahkan satu sama lain atas bekalan vaksin COVID-19 yang tidak mencukupi di negara itu. Beberapa negeri mendakwa pentadbiran Trump menipu mengenai jumlah vaksin yang akan diedarkan, demi memulihkan persepsi rakyat terhadap kerajaan.

Angkat sumpah Biden | Kawalan keselamatan dilipat ganda di Washington DC
Kawalan keselamatan diperketatkan di ibu negara Amerika Syarikat, Washington DC sempena upacara angkat sumpah Joe Biden sebagai Presiden pada 21 Januari ini. Kebanyakan kawasan yang secara tradisinya penting kepada perjalanan upacara tersebut, termasuk The National Mall, ditutup kepada orang awam kali ini.

Ciplak produk | Daftar cap dagang, kalau tidak mahu 'menangis'
Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Datuk Mohamad Alamin berkata, ia bagi mengelakkan kejadian seperti isu ciplak dan tiruan berlaku terhadap sesuatu produk.

Takziah | Jenazah Tun Dr Mohamed Salleh Abas selamat dikebumikan
Jenazah bekas Ketua Hakim Negara Tun Dr Mohamed Salleh Abas selamat disemadikan kira-kira jam 10.40 pagi tadi. Allayarham yang berusia 91 tahun dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim, Jalan Pusara Kuala Terengganu.

Individu hilang pekerjaan perlu berani belajar ilmu baharu, tingkat kemahiran
Meskipun perlu berdepan cabaran untuk menyesuaikan diri dengan kemahiran baharu, ternyata ia akhirnya memberi seribu kemanisan kepada mereka.

26 maut dalam letupan di lapangan terbang Yaman
Walaupun semua menteri kerajaan dilaporkan selamat, lebih 50 mangsa tercedera.

Penggunaan dron berjaya tingkatkan tangkapan
Ismail Sabri berkata sejak Jun lalu, pasukan keselamatan mula menggunakan dron dalam Op Benteng dan berhasil mengesan insiden yang membawa kepada 55 tangkapan.

Seludup dadah guna dron, bot rekreasi antara taktik licik penyeludup
Agensi penguatkuasaan tidak boleh hanya menggunakan strategi lama sebaliknya perlu kerap berubah kerana penyeludup kini menggunakan pelbagai cara baru.

Operasi kawalan sempadan Malaysia-Thailand dilaksana secara bersepadu bulan depan
Op Bersepadu ini akan menggantikan Op Benteng.

2 pos kawalan baharu akan dibina di sempadan Kedah-Thailand - Ismail Sabri
Perbicangan secara menyeluruh membabitkan Panglima Angkatan Tentera bersama semua agensi terlibat telah dilaksanakan

Kawalan sempadan negara lebih berkesan dengan dron - Panglima ATM
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjangkakan operasi pemantauan dan kawalan di sempadan negara dapat dilaksanakan lebih berkesan dengan menggunakan aset dron secara lebih meluas.

APM sediakan SOP hadapi musim tengkujuh dalam situasi penularan COVID-19
Pihaknya telah menetapkan SOP untuk operasi bencana banjir pada musim Monsun Timur Laut yang dijangka melanda dari bulan ini hingga Mac tahun depan.

Pencemaran sungai: Syarikat pengendali dron keenam terbaik di dunia - MB Selangor
Syarikat berkenaan berada di kedudukan keenam terbaik dunia dalam menyediakan perkhidmatan menganalisa dan mencerap kualiti air.

Memadaikah guna dron pantau pencemaran sungai?
Adakah penggunaan dron sahaja cukup memadai untuk mencegah pencemaran air daripada berulang lagi?