KUALA LUMPUR: Malaysia dan Qatar komited untuk meningkatkan hubungan perdagangan dan ekonomi dua hala, kata Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Beliau berkata Qatar juga mahu memulakan perbincangan mengenai gelembung perjalanan Malaysia-Qatar untuk melonjakkan aktiviti pelancongan antara kedua negara.
Mohamed Azmin menerusi ciapan di Twitter berkata beliau telah mengadakan pertemuan yang sangat bermakna dengan Perdana Menteri Qatar Sheikh Khalid bin Khalifa bin Abdulaziz Al Thani.
Pelbagai topik dibincangkan termasuk pandemik COVID-19, Jawatankuasa Perdagangan Bersama Malaysia-Qatar (JTC), gelembung perjalanan Malaysia-Qatar serta hubungan perdagangan dan ekonomi dua hala, katanya,
"Saya teruja dengan cadangan Sheikh Khalid untuk mengadakan mesyuarat JTC Malaysia-Qatar dengan segera kerana ia sangat penting untuk menggerakkan operasi dan fungsi yang akan mempercepatkan usaha kami untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan dua hala serta memupuk kerjasama perniagaan strategik," katanya.
Menurut Mohamed Azmin, peluang yang lebih luas untuk hubungan ekonomi dan perniagaan global rentas sempadan akan wujud apabila Qatar meneruskan penganjuran Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF).
Sementara itu, beliau berkata Sheikh Khalid juga memuji kerjasama antara pengeluar makanan dan tenusu tempatan terbesar di Qatar, Baladna, FGV Holdings Bhd dan FELCRA Bhd dalam usaha sama untuk projek tenusu berskala besar di Malaysia.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan awal semalam, Mohamed Azmin berkata bahawa beliau kini dalam misi perdagangan dan pelaburan selama tiga hari di Qatar untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan serta meningkatkan lagi hubungan perdagangan dan ekonomi dua hala.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 05 2021
Mohamed Azmin mengadakan pertemuan dengan Sheikh Khalid di Amiri Diwan, Al Corniche, Doha, 5 Julai, 2021. --fotoBERNAMA
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Azmin setuju debat dengan Rafizi dengan syarat
Rafizi terlebih dahulu perlu membuktikan telah berjaya dalam pelaksanaan dan pemulihan ekonomi negara.
Azmin beri bayangan tidak bertanding PRN
Mohamed Azmin secara peribadi berkata sudah tiba masa untuknya memberikan laluan kepada tokoh muda dalam Perikatan Nasional (PN).
'Kerusi panas' PRU15: Kempen 'membara' iringi pertembungan nama besar di Gombak
Bagaimana setiap calon melaksanakan tanggungjawab dan hala tuju serta pengisian kempen bakal menentukan pemenangnya.
PRU15: Azmin yakin mampu pertahan Gombak
Ia susulan penerimaan penduduk Gombak terhadapnya selain hakikat dirinya sendiri adalah penduduk jati kawasan Parlimen itu.
Masa paling sesuai adakan PRU15 adalah sekurang-kurangnya enam bulan lagi - Azmin
Masa yang paling sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 adalah sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan lagi, ujar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Mohamed Azmin ucap takziah kepada keluarga Mustapha Kamal
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengucapkan takziah kepada keluarga tokoh korporat dan pengasas Emkay Group, Allahyarham Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar yang meninggal dunia pagi Isnin.
PKR tidak akan kerjasama dengan Azmin
PKR tidak akan berbincang atau bekerjasama dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Itu ketetapan yang dibuat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR selepas mesyuarat yang diadakan pada Isnin
Azmin, Rashid akan tinggalkan Bersatu? Ini penjelasan Muhyiddin...
Muhyiddin menjelaskan dakwaan tersebut adalah tidak benar dan beliau sering berbincang dengan Azmin mengenai masa depan Bersatu.
Menteri ekonomi ASEAN rangka rancangan kerja serantau
Sesi pemukiman tersebut akan turut meneruskan perbincangan dalam menetapkan keutamaan bagi mempercepatkan pemulihan ekonomi serantau.
Malaysia muncul negara paling menarik di rantau Asia Tenggara untuk pelaburan asing
Ini didorong oleh kejayaan negara menarik lebih RM220 bilion pelaburan yang diluluskan pada 2021.